Friday, March 6, 2015

Dari e-mail webmail.***.gov.my



RENUNGAN JUMAAT

MENEMUI SAUDARANYA DENGAN SENYUMAN

Muslim harus sentiasa mensucikan hati dan berkeadaan gembira bertemu saudaranya, sentiasa berwajah manis dan senyuman. 

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Berbuat baiklah kalian walaupun dengan hanya senyuman kepada saudaramu. " (Muslim)

Berwajah manis dan tersenyum adalah sifat baik yang digalakkan oleh Islam dan dianggap sebagai perbuatan baik yang akan mendapat pahala, kerana wajah yang manis mencerminkan jiwa yang suci dan bersih. Kesucian dalaman dan luaran ini adalah akhlak mulia bagi seorang muslim. Dengan itu, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah." Riwayat Bukhari

Rasulullah s.a.w selalu tersenyum bila berjumpa dengan para sahabat baginda. Sebuah hadith menceritakan hal ini, dari Jari bin Abdullah Al-Bajali, katanya :

"Sejak aku masuk Islam, aku sentiasa dapati baginda tersenyum setiap kali aku menemuinya."

Ali r.a berkata :

"Bila dua orang muslim bertemu dan berbicara, Allah mengampunkan salah seorang yang paling ceria wajahnya. "

Sudah menjadi tabiat para sahabat yang menjadi contoh teladan dalam Islam, berjabat tangan setiap kali mereka bertemu atau berpelukan apabila kembali dari perjalanan. Semua tindakan ini terhasil dari perasaan cinta dan persahabatan yang wujud di antara dua orang yang bertemu.

Islam menggalakkan kita memberi salam, berjabat tangan apabila bertemu sesama saudara, untuk menguatkan ikatan persaudaraan di kalangan orang-orang mukmin, supaya masyarakat Islam akan dapat memenuhi matlamat kehidupan ini.

0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...