Friday, March 27, 2015

Perkahwinan Orang Melayu



Soalan: 

Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan yang DILARANG di dalam adat 
PERKAHWINAN orang Melayu seperti -bersanding, -makan beradab, -sirih junjung, -tepung tawar,- berinai,dan sebagainya.         
   
JAWAPAN (Ustaz Azhar Idrus) :         

Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:     
    
1.  Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin PEREMPUAN  
- dedah aurat, -pakaian ketat, -tabarruj dalam solekan dan perhiasan, -bermegah-megah, dan -sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal TINGGAL SOLAT 1 WAKTU waktu akan DISEKSA 6000 TAHUN dalam API NERAKA.

Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba SEDERHANA dan disaksikan oleh golongan WANITA dan ahli KELUARGA sahaja dan JANGAN sampai MELANGGAR BATAS SYARAK.       
   
2. Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini HARAM sebab dia adalah LELAKI, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.        

3. Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu. 
     
4. Sirih junjung ini adalah adat agama  HINDU, TIDAK DIBENARKAN kecuali pengantin memang JENIS MAKAN SIREH. 
       
5. Tabur beras kunyit ini juga asalnya ADAT ORANG HINDU dan ianya adalah MEMBAZIR kecuali pengantin itu adalah PENGANTIN AYAM.         
         
6. Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama HINDU dan MAJUSI. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.       
        
7. Tepung tawar adalah MEMBAZIR, kan lebih baik guna tepung buat CEKODOK bagi makan pada pengantin!         
       
8. Renjis air mawar boleh kerana BERTUJUAN untuk WANGIAN tapi jika pengantin JENIS TAK SOLAT jangan guna air mawar tapi renjis guna AIR LONGKANG!         
     
9. Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin JENIS TAK SOLAT jangan.. bersilat tapi KASI dia "flying kick" terus!       

10. Berinai dijari adalah HARAM bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan WANITA SAHAJA.
-Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin.-Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai INAI LEBIH2 sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti TATU PULAK. Berlebih-lebihan juga HARAM hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.  
     
11. Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi DAH ADA sekarang yang cium MULUT terus depan tok IMAM dah jadi macam orang KRISTIAN. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki... 
       
12. Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang KRISTIAN. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.
         
13. Tinggallah adat-adat yang BID'AH dan kembali kepada SUNNAH. Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama. Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita KENA IGT  kita kena JAWAB soalan-soalan dalam KUBUR nanti....       
           
14. Ada satu lagi bagi yg bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai TUDUNG letak di DALAM BAJU. maka SUAMI itu telah menanggung DOSA si isteri, dan suami dikira DAYUS.. 

15. Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan WANITA pada AKHIR ZAMAN.. Marilah sama2 meminta bakal isteri memakai tudung yg ikut syariat.Sampaikanlah walaupun satu ayat..UNTUK SEMUA... KAUM ADAM N HAWA..TAK KIRA LAH... YG BAKAL KAHWIN.. YG AKAN KAHWIN..     ATAU SAMPAIKANLAH KPD ADK BRDK YG NK KHWIN N JIRAN TETANGGA..

0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...