Tuesday, May 27, 2014

The Luckiest





Adakah Edd seorang yang bernasib baik?

Jawapannya adalah ....

Edd telah melalui banyak perjalanan yang mungkin tak ramai yang akan laluinya... banyak cerita yang terpendam dan akan sebati dengan hidup Edd ini... baik atau buruk peristiwa itu Edd sendiri sahaja yang tahu...

Semalam, itu adalah kenangan, hari ini adalah kehidupan dan esok adalah satu persoalan...

Dua minggu yang lalu Edd menyertai satu program di Port Dickson bersama dengan rakan-rakan di Wisma Putra. 

Minggu lepas pun Edd menyertai satu lagi program di Cherengin Hill, Janda Baik. Menjadi ahli Akrab. 

Banyak perkara yang Edd belajar dan ada juga perkara yang Edd telah tinggalkan harus di praktikkan semula.

Semalam pula, banyak perkara berlaku. Seperti di Alamanda, kemudian di KLIA... semuanya menjadi kenangan untuk diri ini...

Hari ini pula, lunch bersama dengan kenalan yang Edd semasa berkursus di Port Dickson. Tetiba rakan lama muncul kembali... kenangan telah timbul kembali... 

Tetapi, tetiba disebelah petang Edd teringatkan ATUK. Semasa perjalanan balik, Edd teringat akan ATUK berada disebelah Edd di dalam kereta. Tadi Edd tengok cerita "Almost Time" ... pada satu babak, semasa dia mencium ayah dia... Edd terpandang wajah atuk semasa Edd mencium dahi untuk kali terakhir...

Malah Edd bermimpikan AYAH semalam... Edd bermimpikan WAN... rindunya Edd kat mereka... 

Edd akan balik BP minggu nie, sebab Edd rindukan mak dan adik... Tak tahu kenapa hari nie terlampau sedih.. 

Jadi, adakah Edd "the luckiest one"? Jawapannya YA!  


0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...