Friday, May 30, 2014

Rindu

 
Adakah Edd sedang rindukan seseorang?
 
Ketika aku keluar dari pejabat, ku lihat engkau disana. Berbaju hijau bersama sidia. Aku terpaku. Kereta ku terhenti seketika. Membiarkan kau berlalu dengan si dia.
 
Ingin ku kejar akan dirimu, tapi aku tak terdaya. Kerana aku tau kau sudah milik dia. Aku dan kau hanya kenangan. Tak lebih dari itu.
 
Ketika aku mengangkat wuduk, tetiba bayangmu datang menjelma. Aku terhenti beristifar. Apakah maksudnya...
 
Hari ku tidak bermaya, kerana bayangmu sentiasa menjelma. Datang tidak dipinta. Menghalaunya tidak pula aku daya. Aku hanya pasrah dengan keadaan yang ada. Namun adakah aku berdaya melepaskan kau begitu sahaja.
 
Bukan niat ku ingin mengembalikan kisah lalu, tapi ianya berlaku tanpa aku rasa malu. Aku amat merinduimu, mendengar kisah-kisah mu, mendengar tawa mu, mendengar keluhanmu, mendengar tangisanmu .... oh kekasih gelap ku aku merindui akan dirimu.
 
Maafkan aku kerana berbuat begitu, perkara yang kau tidak mahu tapi aku paksa selalu. Kali terakhir aku memberikan sesuatu kepada diri mu, aku tahu kau terluka dengan sikap ku, tapi ketahuilah aku buat begitu kerana aku masih mencintai dirimu.
 
Mungkin ianya bukan yang kau mahu, tapi keadaan kau ketika itu memaksa aku melakukan sesuatu. Ianya agar kau dapat melupakan aku. Kerana aku bukanlah manusia yang sepadan dengan diri mu. Kau membawa sesuatu yang sah menjadi haknya. Aku hanya seorang yang hinggap seketika. Kini ku bawa diri ku yang hina, ke alam yang tak bermaya, meneruskan perjalanan yang terhenti sekian lama...
 
Ketahuilah, hati ini ingin meneruskan cerita lama, ingin berkongsi duka dan luka .. tapi aku hanya manusia biasa yang tak dapat lari melakukan dosa. Maafkan aku kerana melukai dirimu. Maafkan aku kerana merindui dirimu. Maafkan aku kerana aku adalah aku....
 
 
 
 



0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...