Tuesday, June 3, 2014

Kita Kalah



Kita kalah ke?

Ada yang tak berapa stuju bila Edd mengatakan bahawa kita, bermakud orang Melayu, telah kalah sebenarnya.

Apakah fakta-fakta yang menyebabkan Edd berkata begitu? Lihat sahaja apa yang telah berlaku sejak sebulan yang lalu. Perhatikan apakah berita-berita dan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Malah kalau nak lebih mendalam, lihatlah di sekeliling sekarang nie. Kalau tengah duduk di depan komputer... sila berdiri dan pandanglah di sekeliling anda sekarang nie...

Tak pe... buatlah, Edd boleh tunggu...

Dah buat ke? SO ... apa pandangan semua... betul tak? Betul tak statement yang telah Edd katakan sebentar tadi... Kita Kalah.

Kenapa Edd berkata sedemikian... 

1. Isu pilihanraya Teluk Intan

Kita kalah kerana banyak perkara. Sekarang nie telah terbukti bahawa kuasa menentukan sesorang calon tidak lagi terletak pada tangan orang Melayu. Dari apa yang diperkataan tentang pilihan raya di Teluk Intan bahawa penurunan sokongan calon DAP adalah kerana orang cina tidak menyokong calon DAP.  Silalah baca apa yang tersirat dari yang tersurat. Tak faham lagi... Kan dah terbukti kita kalah. Ha jawablah ...

2. Isu Cadbury

Ini lagilah memalukan. Dah terang lagi disuluh (kalau tak tahu maksud ayat nie memanglah kita dah kalah teruk). Isu tentang halal dan tak halal tapi isu bagaimana orang Melayu boleh diperkotak katikkan. Apa sahaja yang kita baca di Facebook sekarang nie dengan senang je kita terima. Tanpa usul periksa pun kita terima bulat-bulat. Agak pelikkan bila coklat haram semua nak boikot tapi bila rokok haram? Ha jawablah....

3. Isu Wanita kawin ikut agama Hindu

Nie lagi satu perkara. Dah sah-sah kita kalah. Kalah bukan sebab baru nak menyekat perkahwinan tersebut, tetapi kalah kerana kita leka dan lali dengan tanggungjawab kita sebagai saudara seagama. Dimanakah kita semasa wanita ini  memerlukan? Kenapa dengan senang kita menyalahkan orang lain apabila kita sendiri tak ke depan membantu wanita ini? Ha jawablah...

Ini adalah tiga isu terbaru yang menampakkan kita dah terlampau leka. Ye memang masyarakat kita telah mula berjinak dengan islam. Tapi adakah kita benar-benar Islam kerana memakai tudung? Pakai tudung dengan baju seksi, berseluar jeans ketat dan menampakkan lurah dada? Memang Edd tak pernah pakai macam tu tapi... mata nie kekadang tak leh nak berkelip bila dah ditayangkan didepan mata... hehehe 

So, kalau tak bersetuju dengan pandangan Edd silalah comment ye....






0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...