Mana silapnya ye?
Edd tahu yang Edd kekadang tu membuat sesuatu nampak macam tak rasional. Tapi ketahuilah, sesiapa yang kenal Edd luar dan dalam, tahu bahawa Edd berbuat sesuatu tu ada sebab-sebabnya...
Jadi kepada sesiapa yang tak kenal Edd sebenarnya janganlah membuat andaian. Kekadang tu kita kena tengok diri kita sendiri sebelum membuat andaian yang akhirnya akan menyebabkan kita menyesal.
Apa yang Edd takutkan telah berlaku. Dulu Edd pernah kata yang Edd bermimpi akan kematian atuk. Masa tu Edd menaiki kereta berwarna hitam... dan secara kebetulan ianya terjadi.
Malah kali ini ada yang sangat Edd risaukan... dan ianya terjadi semalam semasa Edd sampai rumah. Masa pertama kali masuk benda tu tak ada kat situ. Tapi bila Edd nak masuk untuk kali kedua, semasa Edd tengah bercakap dengan mak melalui telefon, benda tu ada di depan pintu. Apakah benda tu?
Kekadang tu manusia memang tak akan berpuas hati dengan apa yang depa ada. Kekadang tu manusia memang mempunyai hasad dengki kepada manusia yang lain. Tapi janganlah main hantar barang kat Edd...
Nak tahu, apa yang datang kat Edd semalam? Well, ada orang "hantar" belalang ke rumah Edd, nasib baik tak masuk rumah. Edd cakap kat mak, mak kata suruh bunuh dengan penyapu. Edd lakukan apa yang Edd belajar dulu... hemmmm....
Oklah Edd rasa ada yang tak puas hati dengan Edd nie, so disini Edd nak minta maaf... kalau barang itu yang kamu mahu, just bagitahu. Kalau dia yang kau mahu, cakap sahaja. Kalau Edd telah melukakan hati kamu, maafkan Edd ok.... janganlah hantar-hantar barang... tak baik... kalau terjadi apa-apa dan tak sempat nak minta maaf kat Edd macam mana....
Sepanjang hidup ini, banyak sangat dugaan. Dan tadi Edd dah nampak, well sebelum nie memang dah nampak cuma buat-buat tak nampak, so kepada yang empunya perasaan tak puas hati tolong cakap dengan Edd ok....
Dunia ini Allah swt yang punya... jangan kita buat tak tentu pasal... Edd tak nak bagitahu siapa yang hantar tu tapi... dengarlah.... Edd dah maafkan kamu....
0 comments:
Post a Comment