Dia hantar lagi ...
Kenapa dihantar lagi benda tu... kenapa tak puas hati... tak baiklah macam nie... tak best tau... kita nie biasa-biasa sahaja... kenapa tak puas hati sangat dengan kita.... sabar jelah...
Baiklah mari kita tengok dengan pak google apa benda yang dihantarnya pada kita... bukan nak percaya sangat tapi kalau dah terjadi pada diri sendiri kekadang tu rasa tak nak percaya tapi dah kat depan matakan...
Dari pak google ...
" Pelesit dikatakan sejenis makhluk halus yang berkemungkinan dari
golongan jin/ syaitan yang dipelihara oleh seseorang pengamal ilmu
hitam. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Pelesit ini dikatakan menjelma seperti belalang pelesit, yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus dan memasuki rumah mangsa serta menyerang dan menghisap darah mangsa. "
Pelesit ini dikatakan menjelma seperti belalang pelesit, yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus dan memasuki rumah mangsa serta menyerang dan menghisap darah mangsa. "
Dari web : http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/
Kebanyakkan masa tak ramai yang boleh nampak serangan or gangguan sihir
tuju-tuju tetapi ada sebilangan masa, anda boleh nampak serangan sihir
ini datang kepada anda. Kebiasaan yang nampak ialah bentuk lipas, burung
hitam datang menyerang anda, belalang pelesit dan kadang kala binatang
seperti ular hitam dan juga katak. Semua jenis binatang yang saya sebut
itu adalah sarung ataupun penggangkutan (vehicle) makhluk halus tu
sendiri. Berikut adalah jenis jenis binatang dan serangga yang biasanya
mempunyai penunggang atau jin didalamnya dan binatang ini kebiasaanya
akan masuk kedalam rumah anda.
- Kelawar dan Kluang.
- Ular (sebarang jenis ular).
- belalang pelesit dan kadangkala belalang biasa.
- Lipas
- Katak
- cicak
- burung hitam/putih.
Jika anda ada ternampak belalang pelesit, sebagai contohnya...jangan
pegang dengan tangan ataupun anggota badan. Bunuh aje dengan benda
seperti penyapu lidi ke, selipar ke, kasut ke yang penting objek lain.
Lepas bunuh belalang pelesit tu sapu dan dengan penyedok buang dari
rumah. Jangan biarkan binatang tu berada dalam rumah anda.
Kalau diikutkan memanglah Edd tak nak ambik pusing tentang benda nie... tetapi disebabkan banyak kali kena malah pernah sekali kena kat luar negara so, Edd kena berhati-hatilah sekarang nie...
Memang Edd tak berapa kuat tapi mungkin ini adalah dugaan yang harus Edd lalui... tak pelah Allah itu pelindung yang terbaik. So buat masa nie Edd biarkan radio di rumah terbuka dengan bacaan al quran. Semoga yang menghantar benda ini, kalau Edd ada buat silap maafkan ye...
Edd dah maafkan siapa yang menghantarnya dan Edd harap orang tersebut dapat memaafkan Edd kalau Edd ada terbuat salah pada dirinya.
Semoga Allah swt melindungi kita semua dari melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.
0 comments:
Post a Comment