Bila bercerita tentang bulan Rejab nie ... Edd pasti akan teringat akan dua orang yang pernah Edd jumpa. Mereka berdua memang amat menantikan bukan rejab. Mereka adalah awrah atuk Edd dan awrah Encik Roslan...
Atuk kalau tiba bulan rejab nie, perkara yang paling dan mesti dilakukan adalah berpuasa di bulan rejab. Pernah satu ketika atuk akan berpuasa penuh satu bulan di bulan rejab. Begitu juga dengan Awrah Encik Roslan atau lebih dikenali dengan Lan JPA. Beliau adalah seorang pegawai JPA yang menjaga hal ehwal pelajar tajaan JPA di Washington DC... Edd kenal dengan Encik Lan nie masa sama-sama menjadi AJK Balqis (Pertubuhan Islam di KBM Washington DC). Sama seperti atuk, Encik Lan juga pernah berpuasa penuh sebulan di bulan Rejab.
Edd pula, semasa di Washington Edd pernah berpuasa hanya 15 hari di bulan Rejab. Selebihnya hemmm hampas hehehehe...
Hari nie Edd berpeluang untuk bersembahyang Jumaat di Mesjid Kampung Limau Manis berdekatan dengan Desa Pinggiran Putra. Tajuk kutbah kali ini adalah Takwa dalam perkhidmatan. Mungkin kerana kita baru sahaja menyambut hari Pekerja semalam maka tajuk ini diutarakan.
Tapi dalam entry kali nie Edd lebih kepada tajuk Bulan Rejab.
Artikel ini Edd dapat dari sebuah laman sesawang iaitu : Khotbah Jumaat Di sini Edd hanya mengambil sebahagian isinya sahaja untuk bacaan kita bersama...
Ketahuilah wahai saudaraku! Sekarang ini kita berada di bulan yang mulia. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengharamkan kezaliman pada empat bulan yang haram, bulan-bulan yang mulia. Perhatikanlah firman-Nya pada surat At-Taubah ayat 36.
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُوْرِ عِنْدَ اللهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِيْ كِتَابِ اللهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّماَوَاتِ وَاْلأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّيْنُ الْقَيِّمُ فَلاَتَظْلِمُوْا فِيْهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِيْنَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُوْنَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
Pada Edd, setiap bulan islam ada keistemewaannya. Tetapi Allah swt telah menyatakan bahawa empat (4) bulan ini adalah teristimewa... sememangnya sifat semula jadi Edd ingin tahu dan ingin membuktikan apa yang orang cakap itu salah maka Edd pernah melalui perjalanan ini....
Memang benar ada kebenaranya, Edd akui bahawa ketika di dalam empat (4) bulan ini sememangnya ada keistemewaan yang hanya mereka yang benar-benar bertakwa dan pernah melaluinya akan merasainya. Sukar untuk kita atau Edd menerangkannya... kalau tak percaya cuba puasa dibulan Rejab ini....
Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan tafsir tentang mulianya empat bulan ini ketika haji wada’, beliaushallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الزَمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللهُ السَمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَنَةُ اِثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةُ حُرُمٍ ثَلَاثٌ مُتَوَلِيَاتٌ: ذُوْ القَعْدَةِ وَذُوْ الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرُ الَّذِيْ بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانِ
“Sesungguhnya waktu itu berputar seperti bentuknya pada hari diciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu ada dua belas bulan, di dalamnya ada empat bulan haram, tiga bulan beruturut-turut yaitu: Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharrom, dan Rajab yang diagungkan yang berada di antara Jumada Tsani dan Syaban.” (HR. Bukhari, no.5550 dan Muslim, no.1679)
Kenapa bulan-bulan ini amat mulia sehingga Rasullah saw bersabda seperti diatas? Ini kerana .... pada bulan ini berlakunya Isra dan Miraj...
Persoalannya kenapa Isra dan Miraj ini Edd masukkan ke dalam entry kali ini? Jawapannya adalah kerana sepanjang yang Edd ketahui selama 39 tahun kehidupan Edd di muka bumi ... cerita berkaitan Isra dan Miraj tak pernah berubah baik dicerita dalam bahasa Melayu, English mahupun Fula.... hemmmm sama ada diceritakan dibenua Melayu, benua Amerika ataupun benua Afrika... cerita dia tak pernah berubah...
Jadi bila kita dah tahu kebenarannya, apa yang harus kita lakukan? Fikir-fikirkan lah ye....
0 comments:
Post a Comment