Sememangnya dah Edd cuba dan try untuk memperbaikinya tetapi bila kita dah berada ditahap itu, apa jua yang dilakukan tidak akan dilayan...
Edd sebagai seorang yang mengerti perlu tahu dimana kedudukan Edd sekarang ini. Dan yang paling penting keutamaan yang harus diberikan kenalah kita tahu...
Tak banyak yang dapat kita ubah terutama kalau perubahan itu hanya berpihak kepada satu bahagian sahaja. Perubahan perlukah dilakukan dengan berhati-hati agar pihak disebelah sana tidak terasa...
Kita hidup ini di dalam kepura-puraan. Yang menjadikan kita sebagai seorang manusia adalah pengalaman. Dari pengalaman kita dapat tahu bahawa kita ini hanyalah seperti semut yang kerdil. Dunia ini terlampau besar. Janganlah kita jadi seperti katak dibawah tempurung....
Oklah Edd kena stop kata sini... takut nanti ada orang terasa... nanti kalau ada masa Edd akan sambung...
0 comments:
Post a Comment