Dahulu Edd pernah katakan perkara ini...
Kini telah nampak bagaimana kita selalu rugi... bila kita nak sedar pun Edd tak tahu... tapi sebenar-benarnya kita memang dah rugi banyak...
Tahukah kita bahawa kita adalah insan yang terpilih di dunia ini? Kita hidup dalam keadaan aman damai dan secara tak sedar kita telah dilalaikan dengan perkara-perkara yang remeh temeh...
Secara tak langsung, ini membuktikan bahawa kita adalah bangsa yang Me-Layu. (maaf kita kena terima keadaan ini dengan hati yang terbuka)
Marah? .... Dahulu kita memang terkenal dengan sifat ketimurannya... bila bercakap ada alasnya... bila melakukan sesuatu ada tujuannya, tapi kini semuanya tiada... kita bercakap ikut suka hati kita, bila melakukan sesuatu mesti ada balasannya... tak kira apa...
Pada Edd, Teluk Intan menjadi titik tolak ke mana arah tujuan kita ini... Percaya atau tidak terpulang kepada kita untuk menilainya...
0 comments:
Post a Comment