Assalamulaikum wrt wbt...
1. Edd terpanggil untuk memberi sedikit comment tentang perkara ini...
2. Ianya dicetuskan oleh Puan Sakinah Omar di dalam entry FB beliau... ternyata apa yang mereka di luar sana fikirkan apabila melihat orang Malaysia berkejaya di luar negara... tenyata SALAH...
3. Ayat yang selalu Edd, dan kebanyakan mereka yang kerja diluar negara, selalu dengar adalah "you can afford to live abroad, your life must be good, your family must be wealthy"...
4. Ingin dinyatakan disini, sehingga kini dah 3 (tiga) buah negara telah Edd berkerja... kalau diikutkan statement yang diberikan, sememangnya Edd dah kaya dah sekarang nie... tapi realitynya... ini cerita Edd...
5. Pada mereka yang mengatakan bahawa hidup di luar negara adalah baik dan sentiasa senang gembira... adalah sama seperti kata pepatah melayu...
" INDAH KABAR DARI RUPA"...
Dan sesiapa yang mengatakan bahawa "the grass is always greener on the other side" adalah mereka yang hidup di dalam khayalan semata-mata...
6. Ini pengalaman yang Edd lalui sendiri. Bila kita nak memulakan sesuatu yang baru, terdapat banyak halangan dan rintangan yang perlu dilalui, semata-mata kerana kita ingin mengambil pengalaman baru dan berkerja kerana Allah swt. Kalau diikutkan baik Edd duduk dan jadi PPT di Malaysia terutama kalau dapat kerja di bahagian tanah, lebih banyak masyuk daripada berkerja dengan Kedutaan.
7. Tidak seperti Puan Sakinah, Edd memulakan kerjaya di luar negara dalam usia yang dah agak lanjut. Tetapi rintangan untuk keluar negara, buat pertama kalinya, adalah sesuatu yang akan menjadi pengalaman yang amat bermakna pada diri Edd. Mana taknya, masa nak pergi tu kena sediakan juga duit untuk membeli barang-barang keperluan. Dengan gaji kerajaan ketika itu sememangnya tidak cukup. Oleh yang demikian, buat pertama kalinya dalam hidup Edd, Edd membuat pinjaman dengan Bank Rakyat. Dalam RM20,000.00 pada tahun 2005 pinjaman dibuat. Bukan sahaja itu, Edd juga terpaksa memikirkan tentang keluarga di Malaysia. Masa tu kedudukan kewangan Restauran di Damansara Damai agak teruk. Adik masih belajar dan mak kena jaga dua kedai di Pagoh dan di Damansara Damai. Walaupun mereka tidaklah meminta, tetapi sebagai seorang anak kenalah juga ada simpanan kalau ada sesuatu kecemasan. Jadi Edd gunakan hanya dalam RM9,000.00 selebihnya Edd simpan di dalam bank untuk simpanan kecemasan keluarga di Malaysia.
8. Semasa di luar memang banyak benda yang menjadi perhatian Edd. Malah Edd agak terkejut bila melihat barangan elektronik di luar amat murah berbanding dengan di Malaysia. Nafsu untuk membeli memang kuat. Melihat rakan-rakan membeli dengan mudah bila berada diluar sana, menyebabkan hati ini merasakan ingin membelinya. Mac Book, iPhone, Cambera Canon DSLR, TV Led, TV Samsung, kereta Honda dll menjadi idaman. Tetapi Edd tidak membelinya. KENAPA?
9. Ianya kerana tujuan utama Edd berkerja di luar negara adalah untuk mencari rezeki dan ingin menaikkan taraf hidup keluarga Edd, dimana sebelum ini selalu dipandang rendah oleh semua orang, baik orang keliling mahupun keluarga terdekat.
10. Kepada rakan-rakan yang baru nak berkerja di luar sana, berhati-hatilah, janganlah kita nak bergaya tetapi akhirnya berhutang sekeliling pinggang. Biarlah kita hidup mengikut kemampuan kita. Memang benar setiap kita mempunyai latarbelakang yang berbeza, tetapi ingatlah bahawa kita akan kembali semula pada NYA.
11. Jikalau kekawan nak membaca cerita Puan Sakinah bolehlah klik ke link disini FB Sakinah . Semoga kita semua dapat sesuatu pengajaran dari cerita tersebut. Insyallah.
0 comments:
Post a Comment