Wednesday, July 6, 2016

Eid Mubarak 2016


Assalamulaikum wrt wbt..

Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil hamd.

Allaahu akbaru kabiiraa
walhamdulillaahi kathiiraa
wasubhaanallaahi bukrataw wa ashiilaa. 

Laa ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiin
walau karihal kaafiruun. (atau)
walau karihal musyrikuun. (atau)
walau karihal munaafiquun. 

Laa ilaaha illallaahu wahdah, shodaqo wa’dah, 
wanashoro ‘abdah, wa a’azza jundahu 
wahazamal ahzaaba wahdah. 
Laa ilaaha illallaahuwallaahu akbar. 
Allaahu akbar walillaahil hamd

1. Bersyukur kepada Allah swt...

2. Jumpa juga Ed dengan raya kali ini... rasanya bagaikan satu mimpi kerana pada tahun nie beraya di bumi Bahrain... Alhamdulilah...

3. Seperti biasa pagi raya akan ke Mesjid untuk sembahyang raya... tahun nie Edd bersembahyang di Mesjid Seef. Walaupun ramai mengatakan baik bersembahyang di Mesjid Al Falah tetapi Edd tetap mengambil apa yang dipelajari, ambillah tempat yang paling rapat dengan dirimu. Lagipun mesjid nie belakang Embassy.

4. Tahun nie tak seperti tahun-tahun lepas, buat pertama kalinya Edd tak masak ketupat di pagi raya. Yang menghairankan Edd, suasana hari raya kali ini agak berbeza.

5. Ke Mesjid dalam jam 4.45 pagi (jangan tertipu ye, sebab kat sini jam 3.16 dah masuk subuh) so, sememangnya terang sangat lah... 

6. Di pagi raya Edd memakai baju JOHOR... baju merah, kain samping merah, seluar hitam... 


7. Program di "Rumah Malaysia" start jam 11.00 pagi, so dapatlah Edd rehat sekejap sementara menunggu masa yang ditetapkan. Tetapi seperti biasa ada juga yang mengacau Edd dipagi hari. Sabar Edd, Sabar...

8. Jam 11.00 pagi barulah bertolak ke "Rumah Malaysia", dan kerana offical Edd menggunakan, memperagakan baju berwarna HITAM... Officallah katakan, Malah ada juga orang yang bukan orang Embassy pakai baju hitam nie... tak pelah, dia orang kuat kan... 


9. Walaubagaimanapun, Edd dah minta maaf pada semua. Kalau rasa diri anda ini hamba Allah swt, tak salah kita minta maaf. Jangan meninggi sangat, nanti akan jatuh ke tanah juga. Ini hanya untuk nasihat kepada diri Edd, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.

10. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016. Edd menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua di atas kesilapan yang dilakukan sama ada sengaja mahupun tidak... Semoga di hari yang mulia ini kita saling maaf me maafi...

Salam Aidilfitri dari Edd
Di Manama Bahrain



0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...