Monday, June 2, 2014

Tak Kena Tempat


Apalah tak kena tempat nak cakap benda tu...

Kita nie kalau nak berceramah atau memberi pendapat tu kenalah bertempat. jangan main redah je. Memanglah niat tu baik tapi cara penyampaiannya tak kena pada masa dan tempat...

Kejadian nie berlaku pada pagi nie... Edd bergerak dari Batu Pahat jam 4.45 pagi. Best tau bila berjalan pagi nie... biasanya jalan kosong, ada kenderaan tetapi tak banyak dan kalau kena gaya kita tak harus terburu-buru. So seperti biasa Edd akan singgah di R&R Air Keroh (keruh)...

Hari nie Edd pergi solat jap kat sini... sebab tadi masa nak gerak Edd dah cakap dengan mak untuk berhenti solat di Melaka. So, dah menjadi sifat Edd untuk menunaikan apa yang Edd cakapkan...


Kat surau tu tak berapa ramai oranglah. Tetapi adalah beberapa orang sembahyang seorang diri (tidak berjemaah)... Edd pun tak nak berjemaah atas sebab-sebab tertentu. Ada didepan Edd tu ada dua budak lelaki yang baru saja angkat takbir bersebelahan dengan ayah dia. 


Masa Edd nak bentang sejadah tu tetiba adalah mamat nie dia pakai baju jubah biru dan bersongkok putih marah-marah cakap lebih kurang begini -

" kalau ada dua tiga orang tu pergilah sembahyang berjemaah. Allah bukan nak kita sembahyang seorang-seorang, kita kena sembahyang ramai-ramai. Nak jumpa Allah kena ramai-ramai "...

Sambil tu beliau berjalan melintasi adik didepan Edd dan mata pemuda tersebut terus memandang Edd. Apa reakasi Edd? Dengan selamba Edd menjawab... "Terima kasih bang.." dan terus mengangkat takbir ... Allah Hu Akbar....

Tak lama selepas tu adalah beberapa orang yang terus sembahyang jemaah di depan kami....

Dalam kes ini, nasihat yang diberikan oleh pemuda tadi adalah berasas. Tetapi cara yang digunakan adalah tidak sesuai dengan tempatnya. Pada pemerhatian Edd adalah tidak wajar pemuda tersebut bercakap dengan kuat semasa orang lain sedang sembahyang. Adalah tidak sesuai untuk pemuda tersebut berkata-kata seperti memperli kerana ketika itu ada dudak yang baru nak belajar sembahyang. Dan yang pastinya kita berada di Lebuharaya... setiap yang datang itu mempunyai sebab-sebab sendiri kenapa mereka bersembahyang bersendirian.

Ini adalah pandangan Edd sahaja. Apa salahnya pemuda tersebut berbisik kepada mereka yang sedang mengambil wuduk untuk mencadangkan agar mereka menunggu seketika dan bersembahyang berjemaah. Lantik seorang yang boleh menjadi imam. Bukan senang nak jadi imam. Malahan di zaman yang moden ini ramai yang masih ragu-ragu untuk menjadi imam. 

Kenapa Edd mengucapkan terima kasih pada pemuda tersebut? Sesungguhnya beliau telah menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang muslim. Tak salah kita mengucapkan ucapan terima kasih kepada beliau. Dan kita pula, jangan berkecil hati kerana ini adalah satu teguran yang baik. Kita kena belajar dari apa yang mungkin kita terlepas pandang.

Di zaman modern ini kita kena berhati-hati bila berbicara kerana kalau tak kena tempat, percakapan kita boleh disalah ertikan. Jadi kita harus bersedia sentiasa.





0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...