1. Alhamdulilah...
2. Ed amat bersyukur kepada Allah swt di atas apa yang telah diberikan kepada Ed dan keluarga.
3. Sememangnya rasa diri ini amat kerdil apabila dapat jemputan darinya. Sesungguhnya Allah swt sememangnya amat penyayang.
4. Tak dapat dikatakan dengan kata-kata bila berada disana. Memang dipermudahkan olehnya... walaupun Ed tahu Ed bukanlah seorang yang sempurna. Banyak dosa Ed telah lakukan dan tak sangka bahawa pintu taubat itu masih terbuka. Alhamdulilah.
5. Nak ceritakan pengalaman Ed disana sememangnya sukar nak diceritakan. Cabaran sememangnya ada tetapi benar kata Allah swt bahawa mintalah darinya maka DIA akan tunaikan, cepat atau lambat itu urusanNYA, tanggungjawab kita adalah untuk meminta hanya dariNYA dan bukan pada orang lain.
6. Cakap memang mudah tapi nak buat sememangnya amat sukar. Tapi pepatah melayu pernah berkata "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"... kita berusaha dan terus berusaha ... insyallah satu hari nanti kita akan berjaya juga ... INSYALLAH...
7. Ed bersyukur sekali lagi kepada Allah swt kerana diberikan peluang untuk diri ini...
0 comments:
Post a Comment