Friday, April 24, 2015

Mari kita renungankan bersama

  1. Oh ... let me tell you a story ..
  2. Mungkin dah menjadi sifat manusia tak akan bertindak dengan rasionalnya apabila ianya berkaitan dengan "permainan" hati...
  3. Tapi apa yang kita harus tahu bahawa, sesungguhnya kita hanya manusia biasa dan "its take two to tango"... kalau tak macam mana nak melakukan tarian "tango"
  4. Entah pada mulanya bila mendapat "message" tu rasa macam nak marah tetapi Allah swt telah menegur Ed dengan e-mail yang Ed dapat dari kln.gov.my
  5. Di bawah ini adalah kandungan e-mail tersebut...

RENUNGAN JUMAAT

REMEH JANGAN DIPERBESAR, PENTING USAH DIPERMUDAH

TAK WAJAR BESARKAN PERKARA KECIL

Apa yang wajar didahulukan hendaklah diutamakan, manakala suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan. Perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan.

Dengan kata lain, tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan dan adil sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas mengenai neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu." (Surah al-Rahman, ayat 7-9) 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri." (Surah al-Nisa, ayat 36)

Allah SWT menjelaskan kepada umat Islam supaya melaksanakan hak Allah SWT terhadap mereka sebagai suatu tuntutan paling utama. Ini bermakna, setiap Muslim wajib melaksanakan suruhan Allah SWT yang utama seperti solat. 

SOLAT PERKARA UTAMA, WAJIB DILAKSANA 
Perintah Allah SWT berkaitan solat adalah perkara utama yang wajib dilaksanakan. Malah, amalan utama yang dihitung Allah SWT di akhirat nanti adalah solat, ibadah yang menjadi tunjang kepada penganut agama Islam. Solat lima waktu adalah kewajipan yang menjadi keutamaan kepada setiap umat Islam, malah melaksanakan solat di awal waktu menjadi tuntutan yang mesti dilaksanakan.

Turut menjadi keutamaan selepas memelihara hak Allah SWT, kita wajib mematuhi kedua-dua ibu bapa. Menjadi tanggungjawab setiap anak mentaati perintah kedua orang tua.

MULIA BUAT BAIK KEPADA IBU BAPA
Kemuliaan menyantuni hak ibu bapa disebut dalam sekian banyak hadis dan ayat suci al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah) kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Lukman, ayat 14) 

KEUTAMAAN YANG UTAMA
Barangkali ramai dalam kalangan kita yang mahu bersedekah atau menghulurkan apa juga bentuk sumbangan kepada orang lain, tetapi tidak ramai yang sedar keutamaan untuk kita memberi sumbangan berkenaan. 

Contohnya, kita bersedekah wang ringgit atau harta kepada mereka yang jauh di luar negara tetapi pada masa sama meminggirkan adik beradik, saudara mara serta anak yatim yang hampir kepada kita. Kebajikan yang dilakukan itu tidak mendatangkan nilai kerana tuntutan keutamaan itu tidak dilaksanakan. Justeru, penting bagi kita mengetahui tuntutan manakah yang menjadi keutamaan supaya apa juga bentuk kebaikan dan kebajikan yang dilakukan, benar-benar dipandang serta mendapat penilaian tertinggi di sisi Allah SWT. 

BIRO AGAMA WISMA PUTRA
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
 



0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...