Assalamulaikum...
1. Setelah lama tak menulis di dalam blog nie, tetiba teringin pulak nak meluahkan isi hati ...
2. Sebenarnya blog nie adalah untuk menceritakan secara ringkas berkaitan dengan keadaan Edd di Malaysia sahaja, sebab blog pertama adalah cerita tentang keadaan di USA, blog kedua menceritakan tentang keadaan di Conakry, dan blog nie tentang keadaan di Malaysia... ingat nak bukak blog baru yang akan menceritakan keadaan di Bahrain, tetapi disebabkan ke-tua-an dan ke-malas-an yang menimpa, maka dengan sendirinya tak naklah bukak blog baru... sambung yang kat sini aja lah...
3. Banyak perkara yang terjadi semasa Edd berada di Bahrain nie... tak sampai 3 bulan pun kat sini, macam-macam yang telah berlaku. Hanya Allah swt sahaja tempat Edd mengadu. Tetapi dua tiga hari yang lepas Edd tertulis kat FB tentang satu perasaan sedih... dan hari nie makin banyak perkara yang menyebabkan kesedihan itu berpanjangan....
4. Tentu semua tahu perasaan ini kerana kita akan sering melaluinya dari masa ke semasa. Tapi kita kekadang tak bagitahu orang berkaitan dengan perkara yang menyedihkan kita... bagi Edd yang paling Edd tak gemar adalah apabila ada orang membuat sesuatu pada keluarga Edd... Sampai hati orang tu buat benda ini pada keluarga Edd. Tapi mak selalu berkata, biar orang buat kita jangan kita buat orang. So Edd hanya dapat berdoa agar semuanya ini adalah dugaan dari Allah swt yang mana iannya salah satu dugaan yang In sha Allah akan menaikkan darjat kita di mata Allah swt.
5. Kepada mak dan adik, Edd doakan agar kalian berdua dapat mengharungi dugaan ini dengan tabah. Kepada kak in dan pina, semoga dugaan-dugaan yang mendatang akan mendewasakan kita dan kepada diri Edd sendiri semoga Allah swt dapat memberi yang terbaik untuk diri ini.
6. Sebagai satu permulaan baru di Bahrain, disajikan gambar Edd bersama rakan-rakan di pertandingan bowling di Bahrain...
7. Permulaan terkini dimasa ini...
0 comments:
Post a Comment