Sunday, February 7, 2016

Cerita Januari lepas...

Assalamulaikum...

1. Januari telah berlalu, tapi bahang masih terasa di sini... bukan bahang cuaca sebab sekarang nie tersangat sejuk... bahangnya adalah kerana keadaan kekangan kewangan sekarang nie...

2. Buat masa nie 17% telah dikurangan dan yang paling terasa adalah pada duit untuk menjamu rakan sekawan.... turun sangat mendadak... buat Edd memanglah tak banyak effect sebab masa datang sini pun tak ada langsung disimpankan... nak buat macam mana kan... tapi Allah swt itu maha adil... satu pintu ditutup, 10 pintu dibuka untuk kita... kita harus lah bersyukur..

3. Tapi bahang paling teruk dirasa adalah bahang kelulusan 14 hari. Buat masa nie belum ada lagi kenyataan resmi tetapi ada yang dengar yang 14 hari nie untuk jawatan tertentu je sebab ada yang dapat balik dah. Ada juga yang mengatakan bahawa perkara ini tak terlibat dengan kami orang bawahan. Tapi ada yang tak kena apabila sebab dia kena, semua kena ikut juga. Dunia tak adil katanya... Hairan kan?


4. Januari juga memberi pengajaran kepada diri ini apabila tak semua orang kita boleh puaskan. Anak2 juga kenalah fikir mendalam jangan susahkan ibubapa. Sememangnya ibu bapa akan cuba mengembirakan anak-anak tapi tanggungjawab anak-anak kenalah tau. Ada juga yang mengatakan bila kita di atas kita kekadang lupa yang kita dulu juga di bawah. Pada Edd senang, kalau awak respect saya, saya akan respect awak balik... easykan...

5. Tahun lepas terjadi sesuatu yang tak dapat diduga, Ini juga memberikan kebaikan pada pejabat disini. Akhirnya ada orang berani nak menegur. Kita patut berterima kasih pada dia kerana berani menegur, kerana kalau tidak kerana teguran tersebut mungkin kita tak sedar kitanya bersalah. Walaupun tak semua benda yang dikatakan itu benar tetapi ada yang kita boleh belajar diri apa yang berlaku. In Sya Allah kita akan mencari kebenarannya.

6. Anyway, ada juga benda yang menarik pada bulan Januari nie... terutama nya Tony Buzan... Desert Camping and many others. Nak tengok gambar? 








0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...