Tuesday, April 29, 2014

Seminggu berlalu



Cerita ini semimggu sudah. Apa yang dirasai telah terjadi. Semuanya adalah tentuan Allah swt. Tak dapat diawalkan dan tak dapat dilewatkan walaupun sesaat.

Jumaat lepas Edd telah mengikuti program atau bengkel MPK di Port Dickson. Bertempat di Institut Latihan FAMA (ILF) di Sirusa, Port Dickson. Bengkel diadakan pada petang Jumaat sehingga ke hari Ahad. Nak tahu berkaitan dengan ILF silaklik sini

Ada gambar yang diambil oleh Encik Fauzi tapi belum download lagi... nanti dah download akan masukkan disini.

Pada petang Sabtu sebelum makan BBQ... tetiba hati nie rasa sayu. Edd bagitahu Poji yang mungkin Edd tak dapat habiskan bengkel kerana nak balik ke JB. Bila ditanya bila nak balik Edd cakap lepas makan pagi. 


Keesokan harinya (Ahad) pagi, tetiba hati berasa sangat sayu. Edd mandi agak awal iaitu jam 6.00 pagi sebelum semua bangun. Lepas solat subuh, Edd cakap dengan Poji yang Edd kena berangkat lebih awal. So dalam jam 6.45 pagi Edd dah bergerak dari ILF menunju ke Johor. Dalam perjalanan iaitu antara sempadan Negeri Sembilan dan Melaka, Edd dapat panggilan telefon dari adik memberitahu berita sedih, iaitu atuk telah meninggal dunia.

Oh baru Edd tahu mengapa Edd rasa sayu sungguh pagi nie. Edd teruskan perjalanan dan Alhamdulilah tiba semasa atuk sedang dikafankan. 

Sama seperti semasa awrah ayah, Edd telah mengafankan, menyembayangkan, bersama disisi atuk dalam perjalanan terakhir, dan memasukkan atuk ke dalam liang lahat. 

Sedih. Semestinya. Kehilangan. Sudah pasti. Reda walaupun terpaksa.

Malam selepas doa selamat Edd dan keluarga rehat sebentar di THISTLE. Pagi esoknya kami sekeluarga pergi ziarah atuk dan wan. Semoga mereka dirahmati dan diberkati Allah swt. Aminnn

0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...