Semalam Edd berkesempatan untuk menghadirikan diri ke Hospital Putrajaya... ianya adalah kerana berkaitan dengan mata Edd... Ophthalmology Dept. tempat Edd tuju...
Apa itu Ophthalmology Dept? According to Wikipedia -
Ophthalmology is the branch of medicine that deals with the anatomy, physiology and diseases of the eye.[1] An ophthalmologist is a specialist in medical and surgical eye problems. Since ophthalmologists perform operations on eyes, they are both surgical and medical specialists. clik here for more info WIKIPEDIA
Apa itu Ophthalmology Dept? According to Wikipedia -
Ophthalmology is the branch of medicine that deals with the anatomy, physiology and diseases of the eye.[1] An ophthalmologist is a specialist in medical and surgical eye problems. Since ophthalmologists perform operations on eyes, they are both surgical and medical specialists. clik here for more info WIKIPEDIA
Seperti biasa, setiap kali pergi berjumpa Hospital maka akan ketahuilah beberapa lagi penyakit yang datang... tapi tulah.... nak buat macam mana lagi kan...
Tak nak cerita lah tentang semalam atau tentang sakit nie... baik cerita tentang apa yang Edd dapat dalam e-mail office....
Dibawah nie adalah Renungan Jumaat yang Edd dapat dari e-mail
PERBUATAN BAIK DI
BALAS BAIK
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : “ Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir dibawahnya beberapa
sungai ; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari jenis buah buahan
syurga itu, mereka berkata : “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu, “
dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan
hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu
pasangan-pasangan/isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula
kekal di dalamnya selama-lamanya,” (al-Baqarah :25)
HURAIAN
Ayat ini jelas menyatakan bahawa orang
yang baik dapat memberikan manfaat serta menyampaikan hajat orang lain dengan
ikhlas. Balasan dan ganjaran Allah adalah sangat besar kepada hamba-Nya yang
beriman dan beramal soleh. Demikian juga kepada hamba-Nya yang mampu menghindari diri daripada
sifat syak wasangka dan ragu-ragu terhadap kebenaran al-Quran.
Ganjaran syurga sedia menanti bagi
golongan yang meyakini al quran dan melakukan amalan kebaikan. Demikianlah
janji-janji Allah kepada kebaikan yang dibalas dengan kebaikan. Syurga Allah
adalah balasan kebaikan paling tinggi dengan dihiasi isteri-isteri yang bersih
dan diredhai.
KESIMPULAN
Allah menuntut keyakinan dan keimanan yang
mutlak daripada hamba-Nya. Sifat ragu-ragu adalah ujian hamba-Nya dalam
menerima segala bentuk perintah, suruhan serta larangan. Nikmat Allah sentiasa
tersedia melimpah-ruah menanti hembanya yang ikhlas, beramal soleh dan
mempunyai keimanan yang jitu serta tinggi.
Keyakinan seumpama inilah yang bakal membawa manusia beriman mengecapi
nikmat Allah di akhirat kelak.
AJK PENERANGAN
& PENERBITAN
BIRO AGAMA WISMA
PUTRA
KEMENTERIAN LUAR
NEGERI
0 comments:
Post a Comment