Entry kali ini ada banyak berkaitan dengan apa yang berlaku pada hari Ahad lepas. Edd dapat info ini dari beberapa laman sesawang yang ada berkaitan dengan perkara ini...
Rencana dibawah ini diambil dari sini
Rasulullah Saw bersabda, “Orang yang paling zuhud adalah orang yang tidak melupakan kubur dan kebinasaan (maut), meninggalkan perhiasan dunia yang terbaik, memilih sesuatu yang kekal (akhirat) ketimbang yang fana (dunia), tidak menduga-duga hari esok dari hari sekarang, dan menganggap dirinya sendiri sebagai orang yg telah mati.” (Nahjul Fashahah, hadis no. 271)
Rasulullah Saw bersabda, “Tengoklah kuburan dan renungkanlah tentang kebangkitan setelah kematian! (Nahjul Fashahah, hadis no. 331)
Rasulullah Saw bersabda, “Orang yang paling baik keadaannya menurutku adalah seorang mukmin yang ringan punggungnya (sedikit harta, keturunan, dan tanggung jawabnya), banyak melaksanakan shalat, sabar dengan rezeki yang hanya mencukupi kebutuhan ala kadarnya hingga ajal menjemput untuk bertemu Allah, bagus ibadah kepada Tuhannya, tidak dikenal orang, kematiannya dipercepat, warisannya sedikit, dan tidak banyak orang yang menangisi saat kematiannya. (Nahjul Fashahah, hadis no. 372)
Seperti yang Edd katakan, rencana diatas ada kaitannya dengan peristiwa yang berlaku pada hari Ahad.
Hari yang penuh dengan kesedihan. Ini kerana pada hari tersebut Edd kehilangan seorang yang amat dikasihi oleh keluarga Edd. Atuk telah kembali ke rahmatullah.
Hari nie banyak kenyataan yang dimasukkan ke dalam facebook, blog, tweeter dan bermacam-macam lagilah. Semuanya untuk meraikan kehidupan atuk yang dikasihi.
Semoga awrah dan roh atuk tenteram disana. Amin...
Kepada anak cucu yang masih hidup amati dan dalami ayat2 dibawah ini...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.”
Nak baca lagi lanjut sila ke laman ini : Kubur Akhirat
0 comments:
Post a Comment