Hari ini Edd berpeluang untuk mengikuti ceramah bulanan yang telah diberikan oleh Ustazah NurHafizah binti Musa yang bertajuk Keluarga Bahagia Impian Semua.
Edd masuk sedikit lewat dan keluar sebelum sessi soal jawab. Bukan apa malulah kerana ramai yang kenal Edd kat sana. Dah lah pakai baju warna merah. Nak jadikan cerita semasa dengar ceramah tu tetiba ada seorang awek nie berdiri sebelah Edd dan secara kebetulan dia pakai tudung merah dan masa dia gelak tu dia asik pandang Edd je, jadi serba salah sampai habis baju Edd basah sebab berpeluh hehehe...
Oklah, banyak-banyak yang disampaikan oleh ustazah nie, satu yang Edd benar-benar merasakan patut dimasukkan ke dalam blog ini adalah kata-kata ustazah nie.... "Jagalah Lidah" - atau dengan kata lain jagalah kata-kata kita.
Orang Melayu ada mengatakan perpatah ini
" Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa"
Memang benar seperti yang dikatakan oleh Ustazah NurHafizah ni. Malah ianya bukan setakat perlu digunakan semasa hubungan suami isteri tetapi ianya juga perlu digunakan semasa pergaulan kita sehari-hari. Di Malaysia nie Edd dah kena banyak kali dah. Malah ayat yang digunakan oleh orang Melayu kat sini dah lari dari adat-adat kita orang Melayu. Ayat yang digunakan semuanya menyakitkan hati... sebagai contoh
a) "Alah bukan dia nak ajak betul-betul pun..."
b) "Takut terhutang budi ... "
dan lain-lain lagilah... belum lagi dengar kata-kata dari orang yang berdekatan dengan Edd.... ayat dia mesti je yang menyakitkan hati kita. Hemmmm .....
Begitu juga dengan Edd, kekadang kata-kata Edd nie akan menyebabkan hati orang akan terasa.... sebagai contoh :-
"... baik awak jauhkan diri dari saya kalau tak .... "
Entahlah, mungkin pada masa tu Edd rasakan adalah lebih baik mengeluarkan kata-kata yang berbentuk ugutan kerana Edd tahu dia mesti akan datang balik pada Edd dan yang paling Edd takut Edd akan membuatkan dia datang pada Edd... Dekat 4 bulan sekarang nie Edd dah tak tegur siapa dengan si dia... Edd buat bersebab... semoga dia mengatahuinya...
Benda nie juga pernah Edd lakukan pada seseorang di UiTM dulu... agak berat tetapi harus melakukannya kerana Edd tahu apa yang Edd boleh buat sekiranya perkara ini terus berlaku....
Anyway, banyak perkara yang dapat kita belajar dari mendengar ceramah hari nie... Pada Edd, Edd harus menilai semula diri Edd nie... agar semuanya dapat diberkati Allah swt....
Luqman said to his son:
' O my son! I have never regretted because of keeping silent. If words are silver, silence is golden '
Luqman said to his son:
' O my son! I have never regretted because of keeping silent. If words are silver, silence is golden '
0 comments:
Post a Comment