Friday, July 4, 2014

Aku Rindu Kamu



Aku Rindu Kamu...

Tak tahu kenapa terjadi macam nie. Sejak dua tiga hari asik teringatkan kamu. Malah bila didalam FB ada seseorang bertanyakan kamu menjadikan aku semakin rindu...

Susah nak cakap tapi itulah yang terpaksa dilalui ketika ini. Inilah perjalanan yang diambil dan inilah akibatnya...

Sememangnya tak dapat nak diucap dengan perkataan betapa aku ini merindui kamu. Tapi aku terpaksa melepaskan kamu... aku tahu aku haus akan kesayangan dan keperhatinan kamu... aku merindui belaian kasih mu....
 

Satu lagi yang aku rindui... adalah cerita-ceritamu... suara mu, tawa mu dan senyuman mu...

Ah... kenapa kini aku merindui diri mu...

Walaupun kita dekat tapi sebenarnya jauh...

Sedih... sebab hari raya kali ini kau tiada... kerana kau berada jauh disana... tapi apakah daya ku... kerana aku rindu kamu...
 
Kini aku merasa kehilangan diri mu... aku selalu rindu aku selalu terkenangkan bayangan diri mu... setiap kali kita bersama kau membuat aku ketawa... tapi kini hati ini kosong tidak bermakna...
 
Aku resah dan aku kesah kerana aku tidak dapat bersama dengan dirimu... lalu aku relakan kau pergi walaupun hati ini tidak merestui ...
 
Kali terakhir aku melihat dirimu, kau dibalut kain seperti salji semasa kita berada di sana dahulu... kau merenung diriku... aku hanya mampu melihat kau disana aku kaku... 
 
Semoga kau bergembira ditempat baru mu, bersama dengan teman baru mu, aku hanya dapat menunggu hari dimana aku akan kelak mengikut langkah mu meninggalkan semua yang kita tahu, tiada akan kita bawa ke tempat kita tuju...
 
Tapi buat masa ini, biarlah aku merindui diri mu, sehingga aku satu hari nanti rindu itu akan diserahkan kepada seseorang yang akan merindui diri ku seperti aku merindui dirimu...
 
SENYUM ....
 
 





0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...