Tak bosan ke asik cerita tentang makan nie?
Mungkin ramai tak sedar masa makan nielah kita boleh kenal sesorang tu dengan lebih rapat...
Bagaimana? Well, kita akan dapat membaca seseorang tu masa dia makan... bukan kita nak membuka aib seseorang tetapi itu adalah cara kita boleh kenal budi bicara seseorang...
Sebab itulah orang tua-tua amat mengambil berat tentang makanan bukan sahaja makanan yang terhidang tetapi adap seseorang ketika dia makan..
Ada orang tak sedar bahawa dia sebenarnya diperhatikan semasa mereka sedang makan. Dan pada yang bermuka-muka selalunya bila didepan makanan mereka lupa untuk berpura-pura...
Tempat makan juga diambil kira bila kita melihat seseorang... kekadang tu sengaja dibawa ke tempat biasa-biasa sahaja untuk melihat tindak balas seseorang bila dibawa ke sana....
Bila dijemput makan, lihatlah bagaimana respond yang dijemput. Itu juga diperhatikan oleh orang lama-lama.... sebagai contoh basic... cara kita mengambil lauk, adakah kita mengambil lauk yang kita suka yang berada jauh disana atau kita mengambil apa yang ada berdekatan dengan kita...
Banyak sungguh cara orang timur melihat tingkah laku seseorang... malah inilah adat yang amat halus yang telah di ketepikan... itulah sebabnya terlampau banyak sangat institusi kekeluargaan kini yang rapuh ditengah jalan...
Semoga kita semua mengambil iktibar berkaitan tentang makan... oh ye kalau nak tengok gambar makanan yang Edd makan semasa bulan puasa tahun ini silalah ke link di bawah ini...
Salam Ramadhan Al Mubarak...
0 comments:
Post a Comment