La kenapa pening?
Tak tahulah tetiba "ter"pening. Maklumlah dah mula masuk opis pada hari Khamis semalam... kerana keseorangan sekarang nie tetiba pening...
Semalam Edd memakai baju batik dan hari nie pulak memakai baju melayu penuh... wow, tapi untuk minggu nie sahaja sebab tak ramai orang yang ada di sini... tapi tak pe...
Yang banyak bermain di kepala Edd adalah semasa sembayang Jummat tadi... semasa rakaat kedua tetiba teringatkan atuk... yelah masa imam tengah baca surah panjang tu tetiba teringat masa atuk peluk Edd sambil menangis kerana memberitahu Edd -"Wan dah tak ada"... ketika itu memang jelas atuk melepaskan segala yang berada di dalam perasaan atuk ketika itu ... Edd kaku sahaja... semasa tahiat akhir tetiba air mata Edd keluar, sambil baca tu tersedu-sedu Edd kerana tak dapat nak melepaskan perasaan Edd...
Tulah masa balik ke opis nie terus call mak kerana nak tanya mak nak ikut Edd tak ke JB tegok atuk... sedih ooooo
Oklah kalau sesiapa nak tengok gambar hari raya Edd yang terkini dan sensasi sila lah ke link dibawah ini....
Selamat Hari Raya 2014
Oklah ... semoga siapa yang membaca blog yang tak seberapa nie enjoy dengan cerita yang Edd masukkan disini... oh ye lupa nak cakap yang tadi jumpa dengan Dato' Anne, dia kata dia akan bergerak ke Ubez pada 18 Ogos nie dan Insyallah dia akan ajak Edd dan Kak Sheila makan tengahari.... hemmm bukan Kak Sheila cuti bersalin ke? Tak pelah... nanti kita tengok... kalau orang ajak jangan ditolakkan ...
0 comments:
Post a Comment