Yang hidup pasti akan mati...
Itu adalah satu kenyataan yang kita harus hadapi... walaubagaimanapun, kehilangan itu tetap dirasai... terutama kepada yang sememangnya rapat dengan diri kita.
Umumnya telah tahu bahawa kematian itu pasti, dan bagi mereka yang tinggal kalau kita benar-benar sayang pada si mati maka kita dinasihatkan agar berdoa dan berdoa agar roh mereka yang kita sayang dirahmati oleh Allah swt.
Edd ingin mengucapkan takziah kepada KC diatas kehilangan Nenek tercinta. Sejak dahulu lagi banyak cerita Edd dengar tentang nenek beliau. Ternyata beliau amat sayang pada neneknya. Nasihat Edd agar beliau banyak bersabar dan reda atas apa yang berlaku...
Edd juga tetiba masa solat Jummat yang lepas, semasa rakaat yang kedua, tetiba teringatkan atuk terutama semasa atuk memeluk Edd dan mengatakan yang Wan dah tak ada... memang nampak muka atuk masa tu.. sedih, so petang tu Edd terus call mak untuk mengajak mak ke JB hari Sabtu... nak tahu cerita bolehlah membaca blog Edd yang satu lagi...
Semoga kita semua tabah dan berusaha menjadi seorang yang baik di dalam dunia ini... Insyallah...
0 comments:
Post a Comment