1. Kenapa ayat nie dimasukkan ke dalam entry kali ini...
2. Well, banyak cerita yang berlaku pada hari nie... malam tadi tak dapat tidur dengan lena, macam-macam cerita yang timbul semasa mimpi semalam...
3. Pagi tadi pergi buat kerja amal sikit, tak delah besar sangat amalan yang dibuat... cuma untuk kali pertamanya Ed berpeluang untuk membantu ibadah korban di Wisma Putra. 5 lembu dan 4 kambing pada tahun ini... Alhamdulilah
4. Cerita yang nak diceritakan adalah berkaitan dengan sesorang bernama "Naim". Masa Ed balik ke rumah untuk mandi dan makan ubat ada orang datang nak potong rumput. Semasa berbincang dengan "Wajid", tetiba seorang pemuda datang ke tempat Edd dan bercakap sesuatu dengan suara pelahan...
5. Ayat yang dicakapnya adalah "ini hitam putih kehidupan ke?" ... terkedu Ed... sebab masa tu Ed memakai baju yang adik bagi ... Baju UiTM yang ada lambang kala jenking dan bermotifkan anak johor... warna baju hitam, tulisan pulak berwarna putih ...
6. Rupa-rupanya Naim adalah seorang yang mempunyai penyakit OCD. Obsesif Kompulsif (OCD) adalah satu penyakit yang mana orang tersebut merasa was-was tentang sesuatu... nak tahu lebih lanjut sila lah klik kat sini
7. Melihat keadaan dia memanglah rasa risau, sebab bila Ed nak masuk rumah dia nak ikut... tapi bila melihat keadaannya memanglah kesihan. Walaupun rasa penat dan merasai perasaan sesalan sebab keluar dari rumah, tapi rupa-rupanya Allah swt ingin melihatkan Ed pada sesuatu yang baru...
8. Manusia semuanya sempurna, telah dijadikan Allah swt sebaik mungkin, penyakit yang datang tu sememangnya ada hikmah disebaliknya....
9. Ayat yang Naim katakan pada Ed yang amat Ed ingat sehingga kini adalah "Kalau aku mati semuanya akan ok ke?"
Jawapannya... TIDAK...
10. Kita tak tahu apa yang akan terjadi kepada diri kita pada esok hari. Malah kita tak tahu apa yang akan terjadi seminit lagi... hanya Allah swt yang mengatahui apa yang akan berlaku... Oleh itu kita harus sedar bahawa jangan berlengah-lengah untuk berbuat baik... seperti kata-kata di lencana sekolah menegah Ed...
NUNC AUT NUNQUAM
11. Now or never ... lakukan apa yang boleh kita lakukan sekarang kerana mungkin kita tak ada dapat melakukannya pada masa akan datang.... Kalau tak sekarang bila lagi... hemmm pandai-pandailah sendiri macam mana nak memahami maksud tersebut diatas...
12. Oklah penat sangat nie, semalam dari Muar ke DPP mengambil masa 6 jam perjalan.... tapi best... sebab ada cerita disebaliknya... nanti akan Edd cerita selepas nie... sehingga jumpa lagi...
13. Selamat menjalankan ibadah korban...
0 comments:
Post a Comment