Jumaat dan Hijau ...
Ketika aku melihat wajah mu
Kau terlampau, teramat ayu
Tudung mu seakan baru
Bila ku tanya kau tunduk malu
Tapi aku pasti dan aku tahu
Cara pemakaian tudungmu itu teramat baru
Aku kaku bila bertemu mata denganmu
Walaupun aku yang menghalang kamu mendekati diri ku
Pada satu masa dahulu
Aku kini sedar aku yang bodoh tuni dan telu
Tak dapat ku larikan kesalahku
Menolak dirimu satu ketika dahulu
Aku kini telah tahu
Hati ini bukan lagi milik ku
Aku melangkah kaki membawa diri
Keluar dari dirimu, aku sepi
Keluhan ini tiada bererti
Kerana kau tentu tak dapat membaca isi hati ini
Esok kan aku menukar perwatakan aku yang sepi
Kerana kau tiada di sini ku sampai mati
Aku kesal kerana menolak kau pergi
Tapi ketahuilah aku masih menanti
Untuk mendengar suaramu setiap pagi
Jikalau satu hari nanti
Suaramu yang ku dengar dipenghujung telefon ku ini
Ya, di suatu hari nanti...
0 comments:
Post a Comment