Monday, November 14, 2022

.:: Apa Kata Facebook ::.

 Assalamulaikum wrt. wbt..



1. Ada betulnya dengan perkataan atau kata-kata di atas ini...

2. Ini lebih terasa apabila diri kita sakit. Ingat tak apa yang Ed cerita tentang Uncle Adam? Selain dari Uncle Adam ada 2 orang kenalan Ed semasa di pusat dialisis di Presint 9, Putrayajaya yang telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun lepas. Seorang nenek yang telah berusia agak lewat di mana setiap kali dia buat dialisis dia akan selalu menjerit sakit, sakit... dan seorang lagi (Nama dia Ed lupa) berkerja di 

Friday, November 11, 2022

.:: Kata-kata hari nie ::.

 Assalamulaikum wrt wbt...


1. Ed dapat kata-kata nie dari salah seorang sahabat di Facebook. Rasanya ianya bersesuaian untuk perkara yang berlaku pada Ed, pada hari ini.

MANUSIA ADA MASA "DOWN" DAN MASA "UP". INI BIASA, YANG LUAR BIASA ORANG BERJAYA "UP"KAN RASA "DOWN"NYADAN PACU KEJAYAAN DALAM HIDUP KE TAHAP TERTINGGI.

2. Betul apa yang dikatakan oleh kawan Ed tu, sememangnya manusia ada "up" and "down" nya. Itulah kehidupan kita kan. Mana ada perjalanan kita sentiasa tenang, rasaya kalau selalu tenang kita akan leka dan pada masa tu kita akan jatuh.

3. Banyak perkara yang telah berlaku kepada diri nie sepanjang perjalanan sehingga sekarang. Dah banyak dicertiakan dalam blog nie dan blog sebelum ini so kalau nak tau boleh baca. 

4. Hari nie telah berlaku satu lagi perkara yang akan tersemat di hati ini. Sebenarnya tak tahan tapi apatah daya, kepada Allah swt telah ed curahkan, sedih tau.

5. Macam mana nak menguatkan kekuatan yang telah banyak hilang nie... kenapa hilang? Well, kerana penyakit yang datang ini... Ed masih ingat akan perbualan Ed dengan Uncle Adam dimana dia pernah berkata yang bila kita dapat penyakit nie, tiga (3) benda yang dekat dengan kita yang kita akan hilang, benda-benda itu adalah 1) Keluarga 2) Rakan-rakan dan 3) Perkerjaan.

6. Buat masa nie Ed dah hilang 2 dari 3 perkara tersebut dan ini yang menyebabkan Ed merasa sedih. Sememangnya Ed dah hilang keluarga sejak Ed keluar dari Hospital dan lepas tu banyak rakan-rakan mula menjauhkan diri dari Ed, mungkin kerana mereka paham berkaitan dengan penyakit Ed nie dan yang terakhir, sejak akhir2 nie, Ed dah kehilangan pekerjaan sedikit demi sedikit.

7. TERUSKAN HIDUP itu yang selalu ed katakan pada hati... senang untuk cakap tapi nak buat memang agak sukar. Setiap pagi akan berperang dengan badan dan hati agar dapat mengerakkan tubuh ini untuk meneruskan kehidupan. 



Wednesday, November 9, 2022

.:: TRIVIA CALON PRU15 ::.

 Assalamulaikum wrt wbt...

1. Nak juga cerita tentang PRU15 nie... 

2. Yang nie Ed dapat dari Whatsapp group ye.... 

3. Memang ada betulnya data nie ...


A. Kerusi Parlimen paling ramai calon :

1 - Batu (10 penjuru)

2 - Ampang (9 penjuru)

3 - Sepang (8 penjuru)

4 - Sungai Buloh (7 penjuru) 


B. Calon BEBAS

- Paling ramai dalam sejarah seramai 108 orang 


C. Calon selebriti/influencer/aktivis)

1- Siti Kasim (BEBAS/Batu)

2- Cleopatra (BEBAS/Batu)

3- Ahmad Idham (Pejuang /Port Dickson)

4- Rani Kulop (PRN/Port Dickson)

5- Eizlan Yusof (Pejuang/Sabak Bernam)

6- Lando Zawawi (Pejuang/Tanjong Karang)

7- Uncle Kentang (BEBAS /Puchong)


D. Calon buat 'comeback'

1- Tian Chua (Batu - BEBAS)

2- Rafizi Ramli (Pandan - PH)

3- Tiong Lai (Bentong - BN)

4- Khaled Norden (Kota Tinggi - BN)

5- Ong Tee Kiat (Pandan- BN)


E- Calon OKU

1- Dr Noraishah Mydin (PH/Putrajaya)


F- Calon Anak-Beranak/Adik-beradik/Kroni

A- Keluarga Anwar Ibrahim (PKR/PH)

1- Anwar Ibrahim (Tambun)

2- Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak)

3- Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh)


B- Keluarga Lim Kit Siang (DAP/PH)

1- Lim Guan Eng (Bagan)

2- Lim Hui Ling (Tanjong)


C- Keluarga Shafie Afdal (WARISAN)

1- Shapie Apdal (Semporna)

2- Yusof Apdal (Lahad Datu)


D- Keluarga Karpal Singh (DAP/PH)

1- Ram Karpal Singh (Bukit Gelugor)

2- Gobind Singh Deo (Damansara)

3- Jagdeep Singh Deo


E- Keluarga Mahathir (PEJUANG)

1- Tun Mahathir Mohamad (Langkawi)

2- Mukhriz Mahathir (Jerlun)


F- Keluarga Bahanda (WARISAN)

1- Vernon Bahanda (Kudat)

2- Wetron Bahanda (Kota Marudu)


G- Keluarga Shahidan (PAS/PN)

1- Shahidan Kassim (Arau)

2- Ismail Kassim (DUN Tambun Tulang) 


H- Keluarga Haji Hadi (PAS/PN)

1- Haji Hadi (Marang)

2- Muhamad Khalil Hadi (Batu Burok)

3- Mohd Akmal (Selama)


G- Calon paling banyak kali bertanding

1- Ku Li (Gua Musang)

2- Tun Mahathir (Langkawi)

3. Haji Hadi (Marang)

4. Anwar Ibrahim (Tambun)

5. Muhyidin Yasin (Pagoh)


H- Calon Gugur tapi degil nak bertanding

1- Shahidan Kassim (Arau/PAS/PN)

2- Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar/Titi Tinggi/BEBAS)

3- Wong Tuck (DAP/Bentong/BEBAS) 

4- Ismail (Maran/PAS/PN)


I- Calon Tarik Diri

1- Kazim Elias (BN/Larut) 

2- Lee Boon Chye (PH/Gopeng)


J- Calon sedikit mental tapi tak jadi

1- Azwan Ali (Diva AA) (BEBAS /Gombak)


K- CALON RAMAI MUKA BARU

1- BN (80%)

2- PH (65%)

3- PN (60%)

4- WARISAN (40%)


L- Calon PM sekiranya menang

1- BN - Zahid Hamidi / Ismail Sabri

2- PH - Anwar Ibrahim

3- PN - Muhyidin Yasin

4- GTA - Tun Mahathir

5- BEBAS - Rani Kulop




Tuesday, November 8, 2022

.:: Isu-isu Politik : Peratus Percalonan Wanita dalam PRU15 ::.

 Asalamulaikum wrt wbt...




1. PRU15 telah bermula dengan berlansungnya penamaan calon pada 5 November 2022. Selanjutnya pada 15 November 2022 2022 adalah pengudian bagi pengundi tidak hadir dan akhirnya kita semua akan melakukan tanggungjawab kita paa 19 Novembe 2022 akan datang.

2. Pada mulanya hendak berceita tentang PRU15, tapi rasanya tak bestlah... baik ed bercerita tentang bagaimana Ed berkerja dengan boss perempuan. Kemungkinan ianya boleh dikaitkan dengan pencalonan wanita di dalam PRU15 kali nie. 

3. 2005 adalah tarikh dimana Ed bermula dengan berkerja dengan kerajaan Malaysia. Tarikh sebenarnya adalah 15 Disember 2005 dan bermula dari tarikh itu Ed dah mula merasa tidak menyambut hari jadi. 

4. Nak dijadikan cerita, boss pertama Ed adalah seorang perempuan bernama Datin A1. *A1= Nama Makwe Pertama . Secara amnya dia amat baik, cuma dia nie ada sedikit emosi bila dapat tahu seorang rakan ingin mengambil tempat ed di tempat ed berkerja. (cerita nie boleh dibaca di salah satu entry ed yang lepas-lepas). Ed katakan dia nie beremosi kerana apa bila mendapat tahu tentang cerita itu, dia terus tak nak cakap dengan Ed dan kerja Ed semua tidak diberikan, sehingga salah seorang senior Eo meninggal dunia semasa bersiap-siap untuk berposting ke Bejing. Dan selepas dari barulah Ed dapat menjalankan kerja sebenarnya,

5. Boss kedua pun seorang wanita, yang nie agak berbeza sedikit. Dia nie sebenarnya isteri kedua dan laki beliau tidak bersama beliau, Boss nie kitanamakan Puan Bunga Mawar (PBM). PBM nie ada anak seorang yang berusia 15 tahun. Oleh kerana beliau sentiasa ditinggalkan bersama anaknya sahaja jadi kekadang tu kami nak masuk bilik beliau kena tanya dahulu PA kalau mood dia ok ke tak? PBM nie selalaua mood swing. Dia nie tak kisah apa yang terjadi pada kita yang penting kerja yang di suruh selesai. Dan yang paling ed ingati adalah dia suruh kami semua dalam bahagian tersebut ke pejabat pada hari Ahad, walaupun dia tahu yang Ed akan fly pada Isnin pagi. Dan ianya merupakan posting pertama Ed, dah lah kita cakap kat dia yang kita nak fly, dia buat-buat tak tahu je dan masih mengarahkan ed untuk berkerja pada hari Ahad tersebut.

6. My next boss, BIG boss dia adalah lelaki tapi my direct boss adalah wanita. Kita panggil dia Puan N lah, rasanya sapa yang kenal ed pasti kenal dia. Puan N nie kira baik sangatlah. Dia nie amat memahami dan kekadang tu lebih memahami Ed dari diri Ed sendiri. Kerja dengan dia nie best juga cuma kekadang tu bila mood perempuan datang rasa macam nak ketawa ada, nak menangis ada. Well Ed banyak belajar dari dia dan banyak kenangan yang sentiasa berada dalam ingatan. 

7. My next encounter with lady adalah semasa ed jadi boss kat satu negara di Afrika. Cuma kami berdua je di sana. Nie pun agak sukar juga, first time bertemu memang dah tau yang berlaku antara dia dengan Hanafi. Well itu cerita lain, nak dijadikan cerita masa berkerja di sana macam-macam dugaan yang perlu dihadapi, kalau sebelum nie kita orang bawah tak tahan dengan boss, tapi kali nie kita pula nak kena berurusan dengan perangai orang bawahan yang merupakan seorang perempuan. Memang mencabar betul hehehehe.

8. Kemudian, tibalah masa balik ke Malaysia. sini boss lelaki, ada cerita dia lah, so dalam masa tu semua berjalan lancar.... tapi.... ku sangka panas ke petang tapi hujan di tengahari... Boss lelaki Ed telah diarahkan bertugas ke luar negara dan sejak dari itu, Ed dapatlah boss peremopuan yang baru....  Boss nie kita namakan PE. PE nie pulak ada masalah dengan PA so dia nie pun ada masalah dengan her boss ... kita orang bawahan nie jadi serba salah... Isu nie jadi besar bila Ed dapat PO dan dia, Boss PE tak tahu, dan petang tu bila Ed dapat PO ed maklumkan kat dia dan dia menjerit terus serang boss dia... hemmmmm....

9. Lepas tu ada beberap lagi bos perempuan dan orang bawahan perempuan telah diharungi.... dan buat masa nie, percalonan wanita di dalam PRU15 adalah cukup kerana mereka nie sebenarnya kaya dengan emosi. 

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...