Asalamulaikum wrt wbt...
2. Pada mulanya hendak berceita tentang PRU15, tapi rasanya tak bestlah... baik ed bercerita tentang bagaimana Ed berkerja dengan boss perempuan. Kemungkinan ianya boleh dikaitkan dengan pencalonan wanita di dalam PRU15 kali nie.
3. 2005 adalah tarikh dimana Ed bermula dengan berkerja dengan kerajaan Malaysia. Tarikh sebenarnya adalah 15 Disember 2005 dan bermula dari tarikh itu Ed dah mula merasa tidak menyambut hari jadi.
4. Nak dijadikan cerita, boss pertama Ed adalah seorang perempuan bernama Datin A1. *A1= Nama Makwe Pertama . Secara amnya dia amat baik, cuma dia nie ada sedikit emosi bila dapat tahu seorang rakan ingin mengambil tempat ed di tempat ed berkerja. (cerita nie boleh dibaca di salah satu entry ed yang lepas-lepas). Ed katakan dia nie beremosi kerana apa bila mendapat tahu tentang cerita itu, dia terus tak nak cakap dengan Ed dan kerja Ed semua tidak diberikan, sehingga salah seorang senior Eo meninggal dunia semasa bersiap-siap untuk berposting ke Bejing. Dan selepas dari barulah Ed dapat menjalankan kerja sebenarnya,
5. Boss kedua pun seorang wanita, yang nie agak berbeza sedikit. Dia nie sebenarnya isteri kedua dan laki beliau tidak bersama beliau, Boss nie kitanamakan Puan Bunga Mawar (PBM). PBM nie ada anak seorang yang berusia 15 tahun. Oleh kerana beliau sentiasa ditinggalkan bersama anaknya sahaja jadi kekadang tu kami nak masuk bilik beliau kena tanya dahulu PA kalau mood dia ok ke tak? PBM nie selalaua mood swing. Dia nie tak kisah apa yang terjadi pada kita yang penting kerja yang di suruh selesai. Dan yang paling ed ingati adalah dia suruh kami semua dalam bahagian tersebut ke pejabat pada hari Ahad, walaupun dia tahu yang Ed akan fly pada Isnin pagi. Dan ianya merupakan posting pertama Ed, dah lah kita cakap kat dia yang kita nak fly, dia buat-buat tak tahu je dan masih mengarahkan ed untuk berkerja pada hari Ahad tersebut.
6. My next boss, BIG boss dia adalah lelaki tapi my direct boss adalah wanita. Kita panggil dia Puan N lah, rasanya sapa yang kenal ed pasti kenal dia. Puan N nie kira baik sangatlah. Dia nie amat memahami dan kekadang tu lebih memahami Ed dari diri Ed sendiri. Kerja dengan dia nie best juga cuma kekadang tu bila mood perempuan datang rasa macam nak ketawa ada, nak menangis ada. Well Ed banyak belajar dari dia dan banyak kenangan yang sentiasa berada dalam ingatan.
7. My next encounter with lady adalah semasa ed jadi boss kat satu negara di Afrika. Cuma kami berdua je di sana. Nie pun agak sukar juga, first time bertemu memang dah tau yang berlaku antara dia dengan Hanafi. Well itu cerita lain, nak dijadikan cerita masa berkerja di sana macam-macam dugaan yang perlu dihadapi, kalau sebelum nie kita orang bawah tak tahan dengan boss, tapi kali nie kita pula nak kena berurusan dengan perangai orang bawahan yang merupakan seorang perempuan. Memang mencabar betul hehehehe.
8. Kemudian, tibalah masa balik ke Malaysia. sini boss lelaki, ada cerita dia lah, so dalam masa tu semua berjalan lancar.... tapi.... ku sangka panas ke petang tapi hujan di tengahari... Boss lelaki Ed telah diarahkan bertugas ke luar negara dan sejak dari itu, Ed dapatlah boss peremopuan yang baru.... Boss nie kita namakan PE. PE nie pulak ada masalah dengan PA so dia nie pun ada masalah dengan her boss ... kita orang bawahan nie jadi serba salah... Isu nie jadi besar bila Ed dapat PO dan dia, Boss PE tak tahu, dan petang tu bila Ed dapat PO ed maklumkan kat dia dan dia menjerit terus serang boss dia... hemmmmm....
9. Lepas tu ada beberap lagi bos perempuan dan orang bawahan perempuan telah diharungi.... dan buat masa nie, percalonan wanita di dalam PRU15 adalah cukup kerana mereka nie sebenarnya kaya dengan emosi.
0 comments:
Post a Comment