Assalamulaikum wrt wbt...
1. Ed dapat kata-kata nie dari salah seorang sahabat di Facebook. Rasanya ianya bersesuaian untuk perkara yang berlaku pada Ed, pada hari ini.
MANUSIA ADA MASA "DOWN" DAN MASA "UP". INI BIASA, YANG LUAR BIASA ORANG BERJAYA "UP"KAN RASA "DOWN"NYADAN PACU KEJAYAAN DALAM HIDUP KE TAHAP TERTINGGI.
2. Betul apa yang dikatakan oleh kawan Ed tu, sememangnya manusia ada "up" and "down" nya. Itulah kehidupan kita kan. Mana ada perjalanan kita sentiasa tenang, rasaya kalau selalu tenang kita akan leka dan pada masa tu kita akan jatuh.
3. Banyak perkara yang telah berlaku kepada diri nie sepanjang perjalanan sehingga sekarang. Dah banyak dicertiakan dalam blog nie dan blog sebelum ini so kalau nak tau boleh baca.
4. Hari nie telah berlaku satu lagi perkara yang akan tersemat di hati ini. Sebenarnya tak tahan tapi apatah daya, kepada Allah swt telah ed curahkan, sedih tau.
5. Macam mana nak menguatkan kekuatan yang telah banyak hilang nie... kenapa hilang? Well, kerana penyakit yang datang ini... Ed masih ingat akan perbualan Ed dengan Uncle Adam dimana dia pernah berkata yang bila kita dapat penyakit nie, tiga (3) benda yang dekat dengan kita yang kita akan hilang, benda-benda itu adalah 1) Keluarga 2) Rakan-rakan dan 3) Perkerjaan.
6. Buat masa nie Ed dah hilang 2 dari 3 perkara tersebut dan ini yang menyebabkan Ed merasa sedih. Sememangnya Ed dah hilang keluarga sejak Ed keluar dari Hospital dan lepas tu banyak rakan-rakan mula menjauhkan diri dari Ed, mungkin kerana mereka paham berkaitan dengan penyakit Ed nie dan yang terakhir, sejak akhir2 nie, Ed dah kehilangan pekerjaan sedikit demi sedikit.
7. TERUSKAN HIDUP itu yang selalu ed katakan pada hati... senang untuk cakap tapi nak buat memang agak sukar. Setiap pagi akan berperang dengan badan dan hati agar dapat mengerakkan tubuh ini untuk meneruskan kehidupan.
0 comments:
Post a Comment