Monday, November 14, 2022

.:: Apa Kata Facebook ::.

 Assalamulaikum wrt. wbt..



1. Ada betulnya dengan perkataan atau kata-kata di atas ini...

2. Ini lebih terasa apabila diri kita sakit. Ingat tak apa yang Ed cerita tentang Uncle Adam? Selain dari Uncle Adam ada 2 orang kenalan Ed semasa di pusat dialisis di Presint 9, Putrayajaya yang telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun lepas. Seorang nenek yang telah berusia agak lewat di mana setiap kali dia buat dialisis dia akan selalu menjerit sakit, sakit... dan seorang lagi (Nama dia Ed lupa) berkerja di 

Friday, November 11, 2022

.:: Kata-kata hari nie ::.

 Assalamulaikum wrt wbt...


1. Ed dapat kata-kata nie dari salah seorang sahabat di Facebook. Rasanya ianya bersesuaian untuk perkara yang berlaku pada Ed, pada hari ini.

MANUSIA ADA MASA "DOWN" DAN MASA "UP". INI BIASA, YANG LUAR BIASA ORANG BERJAYA "UP"KAN RASA "DOWN"NYADAN PACU KEJAYAAN DALAM HIDUP KE TAHAP TERTINGGI.

2. Betul apa yang dikatakan oleh kawan Ed tu, sememangnya manusia ada "up" and "down" nya. Itulah kehidupan kita kan. Mana ada perjalanan kita sentiasa tenang, rasaya kalau selalu tenang kita akan leka dan pada masa tu kita akan jatuh.

3. Banyak perkara yang telah berlaku kepada diri nie sepanjang perjalanan sehingga sekarang. Dah banyak dicertiakan dalam blog nie dan blog sebelum ini so kalau nak tau boleh baca. 

4. Hari nie telah berlaku satu lagi perkara yang akan tersemat di hati ini. Sebenarnya tak tahan tapi apatah daya, kepada Allah swt telah ed curahkan, sedih tau.

5. Macam mana nak menguatkan kekuatan yang telah banyak hilang nie... kenapa hilang? Well, kerana penyakit yang datang ini... Ed masih ingat akan perbualan Ed dengan Uncle Adam dimana dia pernah berkata yang bila kita dapat penyakit nie, tiga (3) benda yang dekat dengan kita yang kita akan hilang, benda-benda itu adalah 1) Keluarga 2) Rakan-rakan dan 3) Perkerjaan.

6. Buat masa nie Ed dah hilang 2 dari 3 perkara tersebut dan ini yang menyebabkan Ed merasa sedih. Sememangnya Ed dah hilang keluarga sejak Ed keluar dari Hospital dan lepas tu banyak rakan-rakan mula menjauhkan diri dari Ed, mungkin kerana mereka paham berkaitan dengan penyakit Ed nie dan yang terakhir, sejak akhir2 nie, Ed dah kehilangan pekerjaan sedikit demi sedikit.

7. TERUSKAN HIDUP itu yang selalu ed katakan pada hati... senang untuk cakap tapi nak buat memang agak sukar. Setiap pagi akan berperang dengan badan dan hati agar dapat mengerakkan tubuh ini untuk meneruskan kehidupan. 



Wednesday, November 9, 2022

.:: TRIVIA CALON PRU15 ::.

 Assalamulaikum wrt wbt...

1. Nak juga cerita tentang PRU15 nie... 

2. Yang nie Ed dapat dari Whatsapp group ye.... 

3. Memang ada betulnya data nie ...


A. Kerusi Parlimen paling ramai calon :

1 - Batu (10 penjuru)

2 - Ampang (9 penjuru)

3 - Sepang (8 penjuru)

4 - Sungai Buloh (7 penjuru) 


B. Calon BEBAS

- Paling ramai dalam sejarah seramai 108 orang 


C. Calon selebriti/influencer/aktivis)

1- Siti Kasim (BEBAS/Batu)

2- Cleopatra (BEBAS/Batu)

3- Ahmad Idham (Pejuang /Port Dickson)

4- Rani Kulop (PRN/Port Dickson)

5- Eizlan Yusof (Pejuang/Sabak Bernam)

6- Lando Zawawi (Pejuang/Tanjong Karang)

7- Uncle Kentang (BEBAS /Puchong)


D. Calon buat 'comeback'

1- Tian Chua (Batu - BEBAS)

2- Rafizi Ramli (Pandan - PH)

3- Tiong Lai (Bentong - BN)

4- Khaled Norden (Kota Tinggi - BN)

5- Ong Tee Kiat (Pandan- BN)


E- Calon OKU

1- Dr Noraishah Mydin (PH/Putrajaya)


F- Calon Anak-Beranak/Adik-beradik/Kroni

A- Keluarga Anwar Ibrahim (PKR/PH)

1- Anwar Ibrahim (Tambun)

2- Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak)

3- Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh)


B- Keluarga Lim Kit Siang (DAP/PH)

1- Lim Guan Eng (Bagan)

2- Lim Hui Ling (Tanjong)


C- Keluarga Shafie Afdal (WARISAN)

1- Shapie Apdal (Semporna)

2- Yusof Apdal (Lahad Datu)


D- Keluarga Karpal Singh (DAP/PH)

1- Ram Karpal Singh (Bukit Gelugor)

2- Gobind Singh Deo (Damansara)

3- Jagdeep Singh Deo


E- Keluarga Mahathir (PEJUANG)

1- Tun Mahathir Mohamad (Langkawi)

2- Mukhriz Mahathir (Jerlun)


F- Keluarga Bahanda (WARISAN)

1- Vernon Bahanda (Kudat)

2- Wetron Bahanda (Kota Marudu)


G- Keluarga Shahidan (PAS/PN)

1- Shahidan Kassim (Arau)

2- Ismail Kassim (DUN Tambun Tulang) 


H- Keluarga Haji Hadi (PAS/PN)

1- Haji Hadi (Marang)

2- Muhamad Khalil Hadi (Batu Burok)

3- Mohd Akmal (Selama)


G- Calon paling banyak kali bertanding

1- Ku Li (Gua Musang)

2- Tun Mahathir (Langkawi)

3. Haji Hadi (Marang)

4. Anwar Ibrahim (Tambun)

5. Muhyidin Yasin (Pagoh)


H- Calon Gugur tapi degil nak bertanding

1- Shahidan Kassim (Arau/PAS/PN)

2- Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar/Titi Tinggi/BEBAS)

3- Wong Tuck (DAP/Bentong/BEBAS) 

4- Ismail (Maran/PAS/PN)


I- Calon Tarik Diri

1- Kazim Elias (BN/Larut) 

2- Lee Boon Chye (PH/Gopeng)


J- Calon sedikit mental tapi tak jadi

1- Azwan Ali (Diva AA) (BEBAS /Gombak)


K- CALON RAMAI MUKA BARU

1- BN (80%)

2- PH (65%)

3- PN (60%)

4- WARISAN (40%)


L- Calon PM sekiranya menang

1- BN - Zahid Hamidi / Ismail Sabri

2- PH - Anwar Ibrahim

3- PN - Muhyidin Yasin

4- GTA - Tun Mahathir

5- BEBAS - Rani Kulop




Tuesday, November 8, 2022

.:: Isu-isu Politik : Peratus Percalonan Wanita dalam PRU15 ::.

 Asalamulaikum wrt wbt...




1. PRU15 telah bermula dengan berlansungnya penamaan calon pada 5 November 2022. Selanjutnya pada 15 November 2022 2022 adalah pengudian bagi pengundi tidak hadir dan akhirnya kita semua akan melakukan tanggungjawab kita paa 19 Novembe 2022 akan datang.

2. Pada mulanya hendak berceita tentang PRU15, tapi rasanya tak bestlah... baik ed bercerita tentang bagaimana Ed berkerja dengan boss perempuan. Kemungkinan ianya boleh dikaitkan dengan pencalonan wanita di dalam PRU15 kali nie. 

3. 2005 adalah tarikh dimana Ed bermula dengan berkerja dengan kerajaan Malaysia. Tarikh sebenarnya adalah 15 Disember 2005 dan bermula dari tarikh itu Ed dah mula merasa tidak menyambut hari jadi. 

4. Nak dijadikan cerita, boss pertama Ed adalah seorang perempuan bernama Datin A1. *A1= Nama Makwe Pertama . Secara amnya dia amat baik, cuma dia nie ada sedikit emosi bila dapat tahu seorang rakan ingin mengambil tempat ed di tempat ed berkerja. (cerita nie boleh dibaca di salah satu entry ed yang lepas-lepas). Ed katakan dia nie beremosi kerana apa bila mendapat tahu tentang cerita itu, dia terus tak nak cakap dengan Ed dan kerja Ed semua tidak diberikan, sehingga salah seorang senior Eo meninggal dunia semasa bersiap-siap untuk berposting ke Bejing. Dan selepas dari barulah Ed dapat menjalankan kerja sebenarnya,

5. Boss kedua pun seorang wanita, yang nie agak berbeza sedikit. Dia nie sebenarnya isteri kedua dan laki beliau tidak bersama beliau, Boss nie kitanamakan Puan Bunga Mawar (PBM). PBM nie ada anak seorang yang berusia 15 tahun. Oleh kerana beliau sentiasa ditinggalkan bersama anaknya sahaja jadi kekadang tu kami nak masuk bilik beliau kena tanya dahulu PA kalau mood dia ok ke tak? PBM nie selalaua mood swing. Dia nie tak kisah apa yang terjadi pada kita yang penting kerja yang di suruh selesai. Dan yang paling ed ingati adalah dia suruh kami semua dalam bahagian tersebut ke pejabat pada hari Ahad, walaupun dia tahu yang Ed akan fly pada Isnin pagi. Dan ianya merupakan posting pertama Ed, dah lah kita cakap kat dia yang kita nak fly, dia buat-buat tak tahu je dan masih mengarahkan ed untuk berkerja pada hari Ahad tersebut.

6. My next boss, BIG boss dia adalah lelaki tapi my direct boss adalah wanita. Kita panggil dia Puan N lah, rasanya sapa yang kenal ed pasti kenal dia. Puan N nie kira baik sangatlah. Dia nie amat memahami dan kekadang tu lebih memahami Ed dari diri Ed sendiri. Kerja dengan dia nie best juga cuma kekadang tu bila mood perempuan datang rasa macam nak ketawa ada, nak menangis ada. Well Ed banyak belajar dari dia dan banyak kenangan yang sentiasa berada dalam ingatan. 

7. My next encounter with lady adalah semasa ed jadi boss kat satu negara di Afrika. Cuma kami berdua je di sana. Nie pun agak sukar juga, first time bertemu memang dah tau yang berlaku antara dia dengan Hanafi. Well itu cerita lain, nak dijadikan cerita masa berkerja di sana macam-macam dugaan yang perlu dihadapi, kalau sebelum nie kita orang bawah tak tahan dengan boss, tapi kali nie kita pula nak kena berurusan dengan perangai orang bawahan yang merupakan seorang perempuan. Memang mencabar betul hehehehe.

8. Kemudian, tibalah masa balik ke Malaysia. sini boss lelaki, ada cerita dia lah, so dalam masa tu semua berjalan lancar.... tapi.... ku sangka panas ke petang tapi hujan di tengahari... Boss lelaki Ed telah diarahkan bertugas ke luar negara dan sejak dari itu, Ed dapatlah boss peremopuan yang baru....  Boss nie kita namakan PE. PE nie pulak ada masalah dengan PA so dia nie pun ada masalah dengan her boss ... kita orang bawahan nie jadi serba salah... Isu nie jadi besar bila Ed dapat PO dan dia, Boss PE tak tahu, dan petang tu bila Ed dapat PO ed maklumkan kat dia dan dia menjerit terus serang boss dia... hemmmmm....

9. Lepas tu ada beberap lagi bos perempuan dan orang bawahan perempuan telah diharungi.... dan buat masa nie, percalonan wanita di dalam PRU15 adalah cukup kerana mereka nie sebenarnya kaya dengan emosi. 

Monday, October 31, 2022

.:: Antara Dua Darjat ::.

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Banyak berita di Malaysia nie tertumpu kepada tarikh 19 Nov 2022 kerana ia adalah hari mengundi di Malaysia untuk kali ke 15. Tetapi adakah anda tahu bahawa bumi ini tetap berputar dengan peristiwa-peristiwa yang tetapi berlaku.

2. Ingin di nyatakan di sini ada beberapa peristiwa telah berlaku di dalam dunia nie dalam minggu yang lepas tetapi apa yang Ed ingin ceritakan adalah berkaitan dua (2) berita yang menarik perhatian Ed minggu lepas ...

3. Cerita pertama adalah berkaitan berita di South Korea di sini .... Halloween Death  dan pada masa yang sama terdapat juga berita tentang kematian di Somalia ... berita di sini ... Somalia 

4. Jadi kenapa pula ed nak menceritakan tentang dua kejadian ini yang terjadi di dua belah dunia yang berbeza. Tapi apa yang masuk di laman-laman berita kita adalah sesuatu yang amat mendukacitakan Ed...

5. Sewlain dari tu Ed nak cerita tentang situasi di pejabat nie... ada lah seorang nie dia telah Ed beri kebebasan untuk menjadi ketua dalam satu probram tetapi itulah manusia kan... bila diberikan peluang dibuatnya kita sebagai orang luar, pendapat dan pengalaman kita tidak di

Wednesday, October 26, 2022

.:: Maka bermulahlah semula ::.

 Assalamulaikum wrt wbt....

1. Hari nie hujan turun di opis di KL.. JAm menunjukkan pukul 12.47 tengahari.. sejuk tapi hangat....

2. Sejuk sebab duduk dalam bilik beraircorn dan di tambah dengan kesejukan air hujan yang turun dengan lebat... hangat sebab suasana politik di Malaysia dan di dalam office..

3. Ye ed dah berada di Malaysia sekarang nie... dah masuk 2 tahun pun.... soalan kenapa tak update blog nie... well, banyak perkara ... salah satu nya adalah ramai dah tak baca blog lagi.... sekarang dah zaman tik tok. Ed ada tik tok ke? ada.... tapi tak aktif sangat.... tengah nak cari content kot hehehehe.... tapi adalah upload beberapa content.... cubalah tengok...

4.So hari nie nak cerita apa ye? Cuba bagitahu .... ada apa yang nak tahu tentang diri Ed sekarang....

5. Ok basically, ed dah balik Malaysia pada Julai 2020.... kiranya dah dua tahun kat Malaysia la nie...  dan akhirnya ed tak akan keluar lagi.. kenapa? sebab ed sakit..

6. Itu cerita lain... hari nie nak cerita tentang perasaan hati nie ... terutama kepada mereka yang berada di opis nie.... 

7. Bila difikirkan balik rasanya baik bergini.... masa untuk perform dah lama ditinggalkan.... seperti kata rakan-rakan lama yang lain.... follow thearus hehehehe ...

8. Sebenarnya malas nak fikirkan benda-benda nie... tapi kitakan manusia.... at one point mesti akan memikir juga... 

Tuesday, April 27, 2021

.:: Terima Kasih Ustaz::.

 Assalamulaikum wrt wbt...



1. Mula mengenali ustaz Zawawi semasa pergi ke Eiman Travel untuk membayar deposit dan memberi pasport untuk pergi menunaikan umrah pada tahun 2015. Ketika itu Ed tak kenal sangat dengfan ustaz Zawawi walaupun pada ketika itu Ed ambil gambar bersama beliau...

2. Alhamdulilah... tahun tersebut ed dan keluarga selamat menjalankan urusan umrah dengan bantuan dan kebenaran Allah SWT... 

3. Tak sangka pada tahun 2021 pada bulan puasa nie, dapat berjumpa semula dengan Ustaz dan Ustaz sudi memberi ceramah Ramadhan di IDFR pada bulan Ramadhan yang mulia ini.... 

4. Setelah 6 tahun Ustaz masih sudi memberi masa dan tenaga untuk membantu Ed, Terima Kasih Ustaz, semoga Allah SWT memberi kemulian dan rezeki kepada Ustaz.

Friday, January 1, 2021

Tuesday, September 10, 2019

..: Sweet Dreams :..

Assalamlaikum wrt wwbt...

1. Kenapa hari nie Ed nak cerita tentang "Sweet Dreams"...

2. Bukan tentang buku tau tapi tentang Drama Bersiri yang famous tu...

3. Ed nak cerita yang apa yang berlaku pada Qash "bermimpi" tu pernah Ed lalui juga... sebab tu Ed bolehlah related sikit dengan apa yang dilaluinya...


Saturday, June 1, 2019

..: Kini ku Tahu :..

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Hari nie tetiba hati merasa hiba...

2. Kenapa? Sebenarnya baru Ed merasai bahawa tahun nie, ramadhan nie, raya kali ini adalah kali terakhir Ed menyambutnya di Bahrain..

3. Jadi... bermula hari nie Ed nak merasai kenikmatan berada di sini...

4. Semoga Allah swt memberi kerahmatan dan membimbing Ed ke jalan yang lebih baik... Aamiinn

Saturday, May 25, 2019

..: Hati ini bergetar lagi :..

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Hati ini bergetar lagi ...

2. Hari ni adalah hari ke 19 berpuasa di Bahrain... tahun nie. adalah tahun terakhir berpuasa di Bahrain.... dah 4 tahun berpuasa di sini bermula 2016, 2017, 2018 dan 2019...

3. Tahun lepas sebenarnya lebih bermakna.... tahu nie banyak masa dan fikiran pada KZA... tak tahu kenapa, semasa menulis entry kali nie, masa berbaring di katil mahupun di kerusi KZA asti ada....

4. Insyallah, kalau di izinkan oleh Allah swt tahun nie sekali lagi keluarga akan beraya di sini... semenjak mak telah berhenti dari berniaga di Plus Pagoh, Ed sentiasa akan menghabiskan diri dan masa nak bersama dengan mak... sebab tu sentiasa mengajak mak ke sini.. lagipun nak membuatkan mak tidak terpikir masa yang lama ... terutama semasa mak berkerja di PAGOH PLUS...

Friday, May 17, 2019

..: 2019 adalah untuk keluarga:..

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Niat Ed tahun nie is more to family... apa orang nak kata, silakanlah sbb hanya family Ed je yang sentiasa bersama dengan Ed ... terutamanya mak...

2. Tahun nie seperti tahun lepas mak datang lagi ke Bahrain untuk beraya bersama dengan Ed... Untungnya diri ini tiada siapa yang tahu... walaupun Ed nie bukan dikatakan baik, tetapi Allah swt telah memberikan mak yang sentiasa bersama dengan diri Ed...

3. Penulisan Ed di sini banyak timbul dari perasan dan fikiran Ed sendiri, tak kisahlah cara penulisan ini tidak seperti yang diharapkan tetapi ianya adalah untuk bacaan Ed sahaja... nak memberikan dan meluahkan perasaan agar tidak terbuku di dalam hati...

4. KZA sentiasa berada di depan Ed nie... semasa menulis nie pun KZA ada....

Thursday, May 16, 2019

..: Lebih dari satu :..

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Suka tengok Facebook kan... atau dalam bahasa Malaysianya MukaBuku ... tentu pernah sesekali terlihat update dari ML Studios? Nie entry terbaru mereke - ML Studios

2. Tetiba teringat dan terpikir ... boleh ke kita suka lebih dari satu? sila dengar penjelasan dari mereka yang suka masuk atau bercakap di dalam talian - website ML Studios adalah klik sini

3. Pada diri Ed memang boleh tapi bahaya... yelah hati manusia nie siapa yang tahu.. kekadang tu kita betul-betul sayang atau suka kat sesorang sekali kita nie sebenarnya "JJO" - Jaga jodoh orang...

4. Sebab tu Ed fikir yang apa orang melyu cakap dulu-dulu ada benarnya. "Suka jangan terlampau suka, benci jangan terlampau benci".... 

..: Please unlock :..

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Hari ini agak kurang memikirkan tentang KZA... banyak membuat kerja di pejabat dan sedang menjalankan tugas seperti biasa... 

2. DI rumah kemana sahaja pandangan Ed pasti ada KZA... sekarang nie masa tengah menulis eantry kali ini pun masih memandang kepada KZA... dia nie dah kira "Musuh no 1 (M1)" Ed di sinilah hahaha

3. Harapan Ed macam tulah tapi sehingga kini ianya masih berkunci rapat .... please unlock the thing and let me unlock it ....

4. Susah betul nak memahami diri ini... sekarang Ed sedang keliru sekali berkaitan dengan kerja berkaitan dengan kehidupan dan apa yang akan berlaku di kemudian hari... kekadang tu melihat KZA akan menteteramkan hati kekadang lain pulak jadinya... 


Tuesday, May 14, 2019

..: Gitulah ceritanya :...

Assalamulaikum wrt wbt..

1. Hari nie nak cerita kat semua... certia apa ye?

2. Tentang sifat manusia.... yang suka menjadikan orang lain sebagai batu loncatan...

3. Curi idea, curi pandangan dan cadangan orang lain di jadikan sebagai idea mereka ... kerana katanya mengikut trend terkini iaitu - " rebranding "

4. Hahahaha ada kena mengena dengan situasi di Malaysia sekarang nie...

Monday, May 13, 2019

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini...

2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang mana pada awalnya ada banyak yang nak dilakukan tetapi bila tiba masanya berubah pulak...

3. Mungin ini semua disebabkan oleh KZA...

4. Tak tahu kenapa tetiba dalam masa beberapa hari nie KZA sentiasa berada di sekeliling Ed...


Thursday, April 18, 2019

Friday, April 5, 2019

..: Empathy :..

Assalamulaikum wrt wbt...

1. Apa itu "empathy" ?

2. Kalau ikut pak google empathy adalah

"the ability to understand and share the feelings of another." 
dengan erti kata lain memahami apa yang orang lain rasa.

3. Jadi apa yang pelik dengan entry kali ini?

4. Ianya ada berkaitan dengan entry yang lepas - toxic person

..: Bila kaki telah melangkah ... :..



Assalamulaikum wrt wbt...

1. Membaca berita atau mendengar berita sejak kebelakangan ini amat menakutkan...

2. Tak kira kita di mana, berita berkaitan keganasan dan mencemaskan sering sahaja berlaku...

3. Di negara ini, semasa pertama kali Ed menjejakkan kaki Julai 2015), amat lain rasanya kerana negara ini boleh dikatakan aman dan tidak perlu rasa takut, memandangkan negara ini adalah negara Islam...

4. Kini, perasaan itu amat berbeza sekali ...


Wednesday, July 25, 2018

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...