Wednesday, June 25, 2014

Indah Kabar dari Rupa ...


Betul... tak tipu...
 
Ini perkara yang berlaku pada diri Edd semalam... perasaan marah dan geram pun ada... yelah mungkin depa ingat kita tak berduit kot....
 
Lagipun, harga dan service yang diberikan amatlah tidak berbaloi... sangat sedih lah macam nie... kat Conakry lagi bagus service dia hemmmm
 
Dah lah tu, service diikuti dengan tiada senyuman amatlah tidak menyenangkan pelanggan yang datang... bila Edd muatnaik dalam facebook ada beberapa rakan yang pernah datang kat sini bersetuju dengan pendapat Edd...
 
Dah la tu... kalau nak jadi ahli klub ni kita kena bagai RM 1,000.00 sebagai keahlian dengan RM50 bayaran bulanan... Bila ditanya ada personal trainer tak untuk belajar berenang, jawapannya tiada menyenangkan... dot dot dot
 
Kat mana dan dimana tempat nie ?

Tuesday, June 24, 2014

Tahniah

Tahniah ... it a boy...
 
Itu sahaja dapat dikatakan... kegembiraan yang dirasai oleh KC bila mendapat berita tersebut....
 
Jam 10.56 malam telah selamat deliver baby boy yang ketiga... berat 3.41kg katanya... Alhamdulilah...
 
Sahaja nak masukkan disini, sebagai tanda kesyukuran kerana selamat mendapat cahaya mata yang ketiga. Semoga kegembiraan dirasai bersama...
 
 



Sunday, June 22, 2014

Brain Exercise


Ada ke exercise untuk brain / otak ?

Jawapannya ada... Edd baru belajar semasa kursus AKRAB kat JB selama 2 hari yang lepas... salah satu yang patut kita ketahui, buat dan belajar untuk mengaktifkan otak kanan dan otka kiri...

Nak tahu ke bagaimana caranya...

Thursday, June 19, 2014

Bunga api





Bunga api ...

Bila Edd melihat bunga api ... perkara yang pertama Edd ingat adalah USA. Tapi kini bunga api yang Edd maksudkan adalah berada di Malaysia. Iaitu semalam... 

Kebetulan Edd pergi dengan Ina untuk tengok Magic of the night 2014, tak sangka malam nie ada special sikit kerana ada live kat TV2 dan ada pertunjukan bunga api...

Nak tengok ke?

Wednesday, June 18, 2014

Tegur


Cara menegur ... biar kena tempatnya...

Seorang rakan lama telah menulis di status facebooknya... seperti dibawah ini...

Menegur dalam nada sindiran atau di hadapan khalayak sehingga keadaan itu memalukan adalah tidak elok untuk dilakukan. Kerana yg ditegur itu mungkin terguris hatinya dan yg mengetahuinya hanya Allah swt. Takut nanti tiba giliran hati kita diguris pula. Tentulah pedih

Memang ada benarnya kata-kata beliau itu... so bagaimana Edd nak menegur seseorang yang tak sedar diri nie?

Siapakah orang yang Edd maksudkan? ...

Tuesday, June 17, 2014

Jodoh


Kata orang kalau jodoh tak ke mana...

Itu kata orang yang dah berkahwin, atau nak tambah satu lagi...

Ada juga yang kata kalau nak cari jodoh seperti Sadina Ali r.a. kita kena jadi macam isterinya Fatimah... 

Ada yang mengatakan bahawa jodoh itu kena cari... kalau tak cari mana nak jumpa... kekadang tu jodoh dah ada didepan mata tapi kita tak nampak kerana ingin mencari kehendak hati kita... perkara ini banyak dimuatkan di dalam cerita-cerita drama melayu...

Soalannya... dimanakah jodoh Edd?

Thursday, June 12, 2014

Kini ku tahu

Baru ku tahu...
 
Kini semuanya telah ku fahami...
 
Semua ini berlaku kerana si dia... perkara sama berlaku semula ... ini adalah kali ketiga... pertama kali di Segamat sana... di ikuti di USA pula kini bila kembali dia lakukan lagi...
 
Tapi... Edd kini bukan Edd yang dulu... pengalaman yang lalu mendewasakan aku... cuma masa dan ketika akan menentukan apa keputusannya....
 
Apakah tindakan Edd selepas ini? hemmmmmm

Tuesday, June 10, 2014

Dia hantar lagi ...

Dia hantar lagi ...
 
Kenapa dihantar lagi benda tu... kenapa tak puas hati... tak baiklah macam nie... tak best tau... kita nie biasa-biasa sahaja... kenapa tak puas hati sangat dengan kita.... sabar jelah...
 
Baiklah mari kita tengok dengan pak google apa benda yang dihantarnya pada kita... bukan nak percaya sangat tapi kalau dah terjadi pada diri sendiri kekadang tu rasa tak nak percaya tapi dah kat depan matakan...
 
Pak google sila terangkan

Monday, June 9, 2014

Biar

Biar ... by Fynn Jamal
Bila mendengar lagu ini tetiba hati Edd terasa sayu... 
Short Story yang disiarkan dalam lagu ini telah menyebabkan Edd tanpa sedar menangis... kini Edd merasa kehilangan...
Edd dah tak ada atuk lagi....

Mana Silapnya...


Mana silapnya ye?

Edd tahu yang Edd kekadang tu membuat sesuatu nampak macam tak rasional. Tapi ketahuilah, sesiapa yang kenal Edd luar dan dalam, tahu bahawa Edd berbuat sesuatu tu ada sebab-sebabnya...
 
Jadi kepada sesiapa yang tak kenal Edd sebenarnya janganlah membuat andaian. Kekadang tu kita kena tengok diri kita sendiri sebelum membuat andaian yang akhirnya akan menyebabkan kita menyesal.
 
Apa yang Edd takutkan telah berlaku. Dulu Edd pernah kata yang Edd bermimpi akan kematian atuk. Masa tu Edd menaiki kereta berwarna hitam... dan secara kebetulan ianya terjadi.
 
Malah kali ini ada yang sangat Edd risaukan... dan ianya terjadi semalam semasa Edd sampai rumah. Masa pertama kali masuk benda tu tak ada kat situ. Tapi bila Edd nak masuk untuk kali kedua, semasa Edd tengah bercakap dengan mak melalui telefon, benda tu ada di depan pintu. Apakah benda tu?
 

PD...

PD tempatnya ....

Semua kenal PD kan... Teluk Kemang dan pantai seangkatan dengannya... Well, cerita hari nie adalah berkaiatan dengan PD...

Benda nie dah dirancang agak lama... masa tu kalau Edd tak silap semasa perkahwinan Azam, Edd rasa masa tu Edd masih lagi di Conakry... Nak dijadikan cerita semasa majlis perkahwinan Hidayah maka perkara ini naik kembali. Kebetulan Edd dah ada di Malaysia so apa lagi kita orang joinlah...

Friday, June 6, 2014

Kecewa


Kecewa? Adakah Edd sedang kecewa?

Perasaan manusia ini selalu berubah-ubah. kekadang tu rasa kekecewaan selalu datang. Begitu juga dengan Edd... Semalam rasa terlampau kecewa sehinggakan hari nie Edd datang pejabat lambat. Sedihkan. Kerana nak jaga hati seseorang Edd jadi begini...

Thursday, June 5, 2014

Kiasan

 
Jom cakap berkias-kias...
 
Orang Melayu ada adatnya... adatnya diambil dari beberapa keturunan sehinggakan setiap negeri di Malaysia nie ada adat mereka masing-masing...
 
Kias berkias adalah satu ada orang Melayu yang masih digunakan sehingga sekarang ini. Bahkan ini adalah satu cara lembut bagi orang Melayu untuk menegur seseorang agar orang yang hendak ditegur itu tidak terasa malu. 
 
Nak dijadikan cerita, semalam Edd telah menggunakan kata-kata kiasan ini pada seseorang. Banyak sangat hints yang diberikan dan banyak kiasan-kiasan telah ditunjukkan. Sayangnya orang tu tak faham....
 

Tuesday, June 3, 2014

Kita Kalah



Kita kalah ke?

Ada yang tak berapa stuju bila Edd mengatakan bahawa kita, bermakud orang Melayu, telah kalah sebenarnya.

Apakah fakta-fakta yang menyebabkan Edd berkata begitu? Lihat sahaja apa yang telah berlaku sejak sebulan yang lalu. Perhatikan apakah berita-berita dan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Malah kalau nak lebih mendalam, lihatlah di sekeliling sekarang nie. Kalau tengah duduk di depan komputer... sila berdiri dan pandanglah di sekeliling anda sekarang nie...

Tak pe... buatlah, Edd boleh tunggu...

Monday, June 2, 2014

Tak Kena Tempat


Apalah tak kena tempat nak cakap benda tu...

Kita nie kalau nak berceramah atau memberi pendapat tu kenalah bertempat. jangan main redah je. Memanglah niat tu baik tapi cara penyampaiannya tak kena pada masa dan tempat...

Kejadian nie berlaku pada pagi nie... Edd bergerak dari Batu Pahat jam 4.45 pagi. Best tau bila berjalan pagi nie... biasanya jalan kosong, ada kenderaan tetapi tak banyak dan kalau kena gaya kita tak harus terburu-buru. So seperti biasa Edd akan singgah di R&R Air Keroh (keruh)...

Hari nie Edd pergi solat jap kat sini... sebab tadi masa nak gerak Edd dah cakap dengan mak untuk berhenti solat di Melaka. So, dah menjadi sifat Edd untuk menunaikan apa yang Edd cakapkan...


Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...