Mata mengantuk...
Nak dijadikan cerita pada hari nie, Edd sekarang nie masih di tempat kerja. Jam baru masuk pukul 9.36 semasa entry ini ditulis...
Pada Edd, ini perkara biasa dan Edd rasa mungkin ini masa sesuai Edd tak duduk dirumah. Kalau duduk pasti tak tidur kerana peristiwa dua hari lepas masih di dalam ingatan...
Jadi masa terluang nie Edd mengambil masa untuk menulis sedikit pada hari ini didalam blog ini.... chewah...
Sebenarnya Edd berharap agar SD akan berada di sini pada waktu ini, kerana pada kebiasaannya dia balik lambat. So bila Edd tiba SD tak ada dan terasa bosan pulak sekarang nie...
Jumpa boss cakap kat dia Edd dah tiba, dia kata dia nak solat magrib dulu. So Edd duduk main computer di tempat Edd. Tak lama lepas tu boss ajak makan di kedai mamak P18. Edd tahu ramai tahu kedai tu kan... anyway, boss makan mee goreng dan Edd makan roti canai sahaja....
Banyak cerita dapat dari boss... ada cerita tentang Ana yang mana boss cakap yang Ustaz tengah carikan pasangan untuk dia... Boss pun cakap yang Ustaz sedang carikan pasangan untuk Edd... Hemmm sejak dari zaman di US, ramai dah ustaz cakap macam tu tapi... masih belum berhasil...
Balik kat opis dalam jam 9.00 malam so terus onkan PC kat bilik Mesyuarat TKSU III dan terus mulakan kerja... sekali nak dijadikan cerita Edd tertinggal tumbdrive kat rumah kerana tergesa-gesa nak ke pejabat... boss masih suruh tunggu, so Edd tunggulah sambil updatekan blog nie... hehehe
Oh ye tak tahu nak cerita apa... mak boss minggu depan akan masuk HKL so boss mungkin akan sibuk sikit. Mana nak tengokkan mak dia dan mana nak siapkan projek Re-Org nie...
So minggu nie dapatlah balik BP sekejap tapi hari Isnin kena kerja.... Selasa 16 Sepetember adalah hari Malaysia dan juga tarikh dimana ayah Edd telah meninggal dunia. So sekarang nie tengah bebelah bagi nak balik tak BP 16 September nie... tak tahu lagi jawapannya...
Oklah tak tahu nak tulis apa lagi ... oh ye nak cakap sikit yang Dato' Anne sebenarnya sedang sakit nie, kemungkinan ada cancer, tapi tak tahulah... big boss isteri dia masuk hospital sebab denggi, SD pulak tengah cuba dapatkan cahaya mata, si NW pulak dengar cerita ada masalah dengan mak dia... dan Diallo pulak memberi cabaran untuk Edd membaca Al-Quran... so macam-macam benda terjadi minggu nie...
Yang paling suprise adalah pada hari Selasa dapat call dari 4042. Terkejut juga, sehinggakan tak dapat nak ucapkan apa-apa... anyway, rasanya dia amat gembira sekarang nie, tak pelah dah banyak sangat dia menderita so bagilah dia gembira, tak nak kacau lagi... Edd pun macam biasa je lah...
Hemmmm anyway, take care to all and have a sweet dreams today....
0 comments:
Post a Comment