Thursday, September 11, 2014

Sejuknya bilik nie


Ya Allah... sejuknya bilik nie...

Rasanya sejuk bilik nie mungkin lebih sejuk lagi masa Edd berada di tempat lama Edd... Dah pakai baju banyak lapis tapi masih sejuk... nak tahu bilik mana? Well, kat mana lagi kalau tak kat bilik Mesyuarat ICT....

Kalau ada yang belum pernah duduk dibilik ais batu, bolehlah direcommendkan masuk ke bilik ini memandangkan bilik ini sememangnya amat sejuk sekali...

Ha nak dengar cerita / gossip menarik tak ?

Sebenarnya tak de yan menarik sangat saja je nak buat gempak.... Hari nie Edd masih kat office lagi... jam dah menunjukkan tanggal 10 malam so tengah tunggu boss la nie... 

Oh ye, dah dengar cerita tentang UPSR... mak oiii malunya... tak tahu nak mula kat mana... tapi yang paling tak gembira sekali adalah budak-budak yang duduk UPSR kena mendudukinya semula... sedihkan....

Oh ye, kalau tak ada halangan kerja Edd nie akan kira habis pada 25 September 2014... so ingatkan nak mengikuti program pada 26 September 2014... itupun kalau boss bagilah... program yang akan diadakan di PD mesti bestkan... tiga hari pulak tu hemmmmm

On other note, adik pun tengah sakit mata... mak kata adik sakit mata sebab kena cucuk dengan mamat hensom... best lah tu. Hehehe 

Minggu nie Insyallah akan balik kampung tapi akan balik sini hari ahad petang kot... ingat nak cuti tapi rasanya nak duk rumah dan berehat sekejap...

Lagipun rumah dah bersepah sangat, dah tak tahu nak kemas macam mana.... oklah nak kemas-kemas dan nak tunggu boss panggil... katanya jam 10 malam nie dah nak masuk 10.05 masih tak panggil-panggil lagi... hemmmm

0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...