Terasa lapar la pulak ...
Entahlah, sejak kebelakangan nie fikiran tak berapa menentu... hari nie dah masuk hari ketiga berada di pejabat ... insyallah kalau tiada halangan esok petang kami akan pergi ke JPA untuk menyampaikan kertas kerja kepada TKPPA...
Buat masa nie Edd masih menunggu team untuk sampai dan memulakan projek kami yang tinggal di penghujungnya... selepas ini kami akan berpecah. Insyallah, boss akan pergi keluar, next boss akan pergi ke department lain, Edd mungkin akan disini lagi dan rakan yang dikenali sebagai TKSU 4 akan pergi ke tempat sejuk tapi best...
Sekarang nie, Edd teramat ingin makan Puding Karemal...
Puding Karemal atau dikenali dengan puding gula hangus ini diperkenalkan kepada Edd oleh seseorang... dan sehingga kini hanya dia seorang sahaja yang boleh membuat puding hangus yang sememangnya menjadi kegemaran Edd...
Teringin rasanya nak merasa makan puding gula hangus nie... tapi bila dan siapakah yang akan memasaknya... Harapan Edd satu hari nanti adalah orang sudi membuatkan puding gula hangus ini kepada Edd...
Insyallah pada hari Jumaat nie, kami di PSM akan makan nasi ayam masakan dari Kak G... Kalau sesiapa yang sempat silalah datang ke PSM pada tengahari untuk bersama kami makan Nasi Ayam ini... jom tau... kalau boleh jangan lupa bawak puding gula hangus hehehehe
Dalam search Edd berkaitan dengan puding gula hangus adalah satu blog nie yang gambarnya macam gambar puding gula hangus yang Edd idam-idamkan... nak tengok bolehlah ke blog ini...
Tapi kalau nak tengok resepi yang lain bolehlah ke youtube ini pulak
Oh ye, tadi masa balik sekejap dapatlah download beberapa siri yang Edd sentiasa tengok baik di USA mahupun di Conakry... best sebab sekarang nie musim fall maka banyaklah siri kegemaran Edd kembali ke TV...
Tadi dapat tengok cerita
a) The Goodwife
b) The Agent of Shield
c) Blacklist
dan sedang meng"download" cerita
a) The Big Bang Theory
b) NCIS / NCIS Los Angeles dan ada NCIS baru ye?
Tak sabar nak tunggu esok hari ... boleh lah Edd tengok cerita nie sambil menikmati pisang goreng hehehehe
0 comments:
Post a Comment