Tuesday, September 9, 2014

Mimpi ku semalam



Ya Allah ... apakah maksudnya...

Sememangnya mimpi itu adalah mainan tidur... tetapi bagi diri ini lain pula ceritanya...

Nak kata semua mimpi Edd menjadi kenyataan adalah tidak benar, kekadang tu terjadi sebaliknya... tetapi kebanyakkan mimpi yang Edd ingat dengan terang dan nyata selalunya menjadi kenyataan...



Nak cerita yang semalam Edd bermimpi sesuatu yang amat anih....

Ceritanya bergini, semalam Edd sakit mata, first time dalam hidup Edd yang sakit mata ini adalah yang teramat sakit kerana Edd tak dapat nak tengok cahaya terang... so makan ubatlah. Jadi semalam Edd tertidur awal...

Mimpi ini yang Edd ingat sampai sekarang adalah dimana Edd bersama-sama dengan Kak Ti (isteri dot dot dot) sedang makan di suatu tempat. Sedang makan tu tetiba ada seorang budak berbaju kuning, comel budak tu, rambutnya pendek macam puteri Di, dan budak tu bagi Edd satu surat/kertas. Edd tengok kat Kak Ti, dia mengangguk suruh ambil surat itu. Edd membacanya,

"Kehadapan sayang, Dryling, yang diingati "...

Edd gelak bila baca Dryling so Edd tanya apa maksudnya pada budak tu, budak tu kata "Darlinglah" tetiba Edd macam terkejut, maka Edd buka mata tetapi mata nie berat sangat, bila mata tertutup Edd terdengar ada suara wanita berkata kepada Edd bahawa budak tu anak Edd dan dia...

Edd beristifar kerana Edd tak pernah mengadakan hubungan dengan suara itu, tetapi suara itu tetap mengatakan bahawa budak itu anak Edd juga, Edd beristifar lagi dan cuba membuka mata tetapi mata ini berat dan tertutuo juga, ketika itu Edd melihat satu gambaran hantu yang tidak nampak muka (gelap muka dia), berambut kereting panjang mengebang dan berbaju putih, kemudian Edd terlihat satu batu nisan yang berbentuk bulat (selalunya batu nisan untuk perempuan) melayang-layang diatas...

Edd cuba untuk melawan, dan beristifar banyak kali sehinggakan Edd berjaya membangunkan diri Edd dan turun dari katil. Edd tidak berpeluh dan masih terjaga melihat jam pukul 1132 malam... Edd mengambil keputusan untuk tidur di luar... sambil mendengar surah Yasin...

Itulah cerita mimpi Edd semalam... Edd tak tahu adakah benda ini adalah mainan mimpi atau petunjuk yang Allah swt ingin tunjukkan pada diri Edd, tetapi inilah yang berlaku semalam...

Sebelumnya, Edd sungguh terkejut bila semasa Edd baru nak tidur, lutut Edd dibelai/disentuh oleh sesorang.Siapakah yang menyentuh itu? Ya Allah, lindungilah hambamu ini....

0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...