Di Hari Malaysia ...
Ramai orang mempertikaikan berkaitan dengan hari Malaysia dan hari Merdeka. Ada yang mengatakan bahawa hari Malaysia adalah hari Kemerdekaan Malaysia...
Tapi bagi Edd 16 September setiap tahun akan disambut dengan makna yang lain dari yang lain...
Tarikh itulah menjadikan persimpangan bagi diri ini... kerana pada hari tersebut, Ayah telah kembali pada yang ESA.
Dah dekat 15 tahun Ayah meninggalkan kita. Sehingga kini Edd masih lagi merasa kehilangan.
Tahun nie Edd buat sesuatu yang berbeza sedikit. Selain dari perkara biasa iaitu membacakan doa agar rohnya dirahmati Allah swt, tahun nie Edd telah mengupah orang memperbaiki Kepok ayah...
Tahun nie juga Edd memberi sokongan kepada adik yang berniat nak membuat korban, jadi Edd membantu dari segi mengambil bahagian didalam program ini. Alhamdulilah Edd dapat tahu yang mak nak mengambil satu bahagian untuk Edd... Alhamdulilah...
Semalam Edd berada di pejabat untuk menyediakan beberapa kertas kerja untuk projek Re-org nie... bukan kertas kerja lah kira Edd mengira implakasi kewangan bagi program nie. Sekarang nie sepatutnya akan pergi ke JPA tetapi masih menunggu arahan seterusnya...
Oklah dah panjang sangat cerita nie... ada lagi cerita panas yang ada kaitan dengan tukar menukar... so kena tapis dulu sebelum boleh masuk dalam entry akan datang... agar tak ada orang yang terasa...
Sampai jumpa lagi... take cara and remember today is Wednesday not Monday... :)
0 comments:
Post a Comment