Kulihat kau disana
Dikelilingi oleh ratusan manusia
Kau tersenyum gembira
Aku terdiam terluka...
Hati ini meronta-ronta
Ingin menegurmu sambil berkata
Aku merindui mu wahai sang bunga
Pandanglah aku walaupun seketika...
Laungan dan lontaran mereka tidak ku rasa
Bau wangian mu menjadi satu noktah
Bahawa aku memang seorang yang bodoh tak terkata
Kerana meninggalkan mu kerana si dia ...
Lagi perit lagi parah
Tak ku kata tak ku luah
Penyesalan ku ini memang tak pernah berubah
Aku tahu aku yang bersalah
Kuning kehijauan warna tudungmu
Mengambalikan aku ke zaman remajaku
Bahagialah kamu gembiralah kamu
Semoga kau sedar aku sentiasa mengingati dirimu...
0 comments:
Post a Comment