Monday, September 22, 2014

3 Hari Lagi ...




Tinggal tiga (3) hari lagi...

Alhamdulilah, tinggal tiga hari lagi nak membebaskan diri dari kerja yang telah tertangguh sejak lama dahulu...

Fasa I telah siap dan kini pada 25 hari bulan ini, Fasa II akan siap diperbentangkan... mudah-mudahan dengan berkat kerja yang tak pernah habis ini, dapatlah dipermudahkan perjalanan sehingga 25 September nanti...


26 September pula, insyallah akan ke PD untuk mengikuti kurus disana pula... Kursus motavasi : Program kecemerlangan Emosi ... WOW ganggu emosi sangatlah nie... hehehe

Kali nie hotel tak berada di tepi pantai... well masa kat Lexus tu boleh lah juga tengok pantai tapi kali nie rasanya tak kot sebab tengok kat google map memang kat tengah-tengah kawasan perumahan... tapi tak pe kita tengok dulu...

Oh ye, sekarang nie kat tempat kerja Edd nie tak macam dulu... tapi buat apa nak compare dulu dan sekarang nie kan... setiap masa dan ketika ada banyak yang boleh dipelajari... 

Contohnya Edd:

Alhamdulilah tiap-tiap tahun Edd dapat melakukan ibadah korban... Insyallah pada tahun nie Edd niatkan sedekahkan korban untuk awrah Wan dan awrah Atuk... 

Alhamdulilah buat masa nie duit bukanlah masalah bagi Edd... Insyallah ada sahaja Allah swt nak bagi kat Edd... macam-macam lah... walaupun Edd menyewa disini dengan harga yang agak tinggi juga tapi Alhamdulilah mudah ke tempat kerja, nak balik BP pun mudah, orang dikeliling pun peramah....

Kerja pulak...Alhamdulilah pada masa nie masih boleh survive lagi... tak banyak sangat masalah sangat, ala terguris sedikit tu adalah perkara biasa... nak buat macam mana kita semuakan manusia biasa...

Alhamdulilah, walaupun Edd masih berseorangan sekarang nie, tapi hati Edd senang. Walaupun satu ketika dan pada satu masa pasti akan terkenang kisah lama tapi buat masa ini Allah swt masih sayang pada Edd....

Alhamdulilah, Edd masih dapat bercakap-cakap dengan mak setiap hari. Dan setiap hari mendengar suara mak tu memang susah nak cakaplah kedamaian yang dapat Edd rasai...

Alhamdulilah, perasaan panas hati atau kemarahan Edd masih dapat dikawal. Walaupun orang kata Edd nie pemarah, sejak balik nie Edd hanya terlepas kemarahan Edd dua kali je... wow dah dekat setahun balik baru dua kali melepaskan kemarahan....

Oh ye, 23 haribulan nie insyallah Edd akan genap setahun berada di Malaysia selepas balik .... wow sebenarnya Edd tak tahu bila Edd  balik sebab tarikh penempatan Edd adalah pada 23 September 2013... kalau tak silap Edd tiba di Malaysia adalah pada 16 atau 17 September... anyway, dah setahun rupanya Edd balik Malaysia.... 

Alhamdulilah... semoga apa yang Edd hajati akan dimakbulkan Allah swt.... aminnnn


0 comments:

Post a Comment

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...