Tuesday, April 29, 2014

Berkaitan dengan hari Ahad


Entry kali ini ada banyak berkaitan dengan apa yang berlaku pada hari Ahad lepas. Edd dapat info ini dari beberapa laman sesawang yang ada berkaitan dengan perkara ini...

Rencana dibawah ini diambil dari sini
Rasulullah Saw bersabda, “Orang yang paling zuhud adalah orang yang tidak melupakan kubur dan kebinasaan (maut), meninggalkan perhiasan dunia yang terbaik, memilih sesuatu yang kekal (akhirat) ketimbang yang fana (dunia), tidak menduga-duga hari esok dari hari sekarang, dan menganggap dirinya sendiri sebagai orang yg telah mati.” (Nahjul Fashahah, hadis no. 271)

Seminggu berlalu



Cerita ini semimggu sudah. Apa yang dirasai telah terjadi. Semuanya adalah tentuan Allah swt. Tak dapat diawalkan dan tak dapat dilewatkan walaupun sesaat.

Jumaat lepas Edd telah mengikuti program atau bengkel MPK di Port Dickson. Bertempat di Institut Latihan FAMA (ILF) di Sirusa, Port Dickson. Bengkel diadakan pada petang Jumaat sehingga ke hari Ahad. Nak tahu berkaitan dengan ILF silaklik sini

Ada gambar yang diambil oleh Encik Fauzi tapi belum download lagi... nanti dah download akan masukkan disini.

Pada petang Sabtu sebelum makan BBQ... tetiba hati nie rasa sayu. Edd bagitahu Poji yang mungkin Edd tak dapat habiskan bengkel kerana nak balik ke JB. Bila ditanya bila nak balik Edd cakap lepas makan pagi. 

Friday, April 25, 2014

Mata oh mata




Semalam Edd berkesempatan untuk menghadirikan diri ke Hospital Putrajaya... ianya adalah kerana berkaitan dengan mata Edd... Ophthalmology Dept. tempat Edd tuju...

Apa itu Ophthalmology Dept? According to Wikipedia -

Ophthalmology is the branch of medicine that deals with the anatomy, physiology and diseases of the eye.[1] An ophthalmologist is a specialist in medical and surgical eye problems. Since ophthalmologists perform operations on eyes, they are both surgical and medical specialists. clik here for more info WIKIPEDIA

Wednesday, April 23, 2014

Hari- hari yang ku lalui



Hari-hari yang Edd lalui sekarang nie amat membosankan. Tak tahu nak buat apa. Dua perkara yang Edd rasa Edd boleh masukkan disini adalah

a) Mak dapat 14 mata dan kena tutup kedai 14 hari
b) Kawan dapat rumah dekat P16

Nak cerita sikit berkaitan dengan  hari esok... well, sebenarnya esok Edd akan ke Hospital Putrajaya... untuk check mata... nak je Edd ajak seseorang yang akan teman Edd.. tapi sapa ye?

Ceramah Bulan April 2014



Hari ini Edd berpeluang untuk mengikuti ceramah bulanan yang telah diberikan oleh Ustazah NurHafizah binti Musa yang bertajuk Keluarga Bahagia Impian Semua.

Edd masuk sedikit lewat dan keluar sebelum sessi soal jawab. Bukan apa malulah kerana ramai yang kenal Edd kat sana. Dah lah pakai baju warna merah. Nak jadikan cerita semasa dengar ceramah tu tetiba ada seorang awek nie berdiri sebelah Edd dan secara kebetulan dia pakai tudung merah dan masa dia gelak tu dia asik pandang Edd je, jadi serba salah sampai habis baju Edd basah sebab berpeluh hehehe...

Oklah, banyak-banyak yang disampaikan oleh ustazah nie, satu yang Edd benar-benar merasakan patut dimasukkan ke dalam blog ini adalah kata-kata ustazah nie.... "Jagalah Lidah" - atau dengan kata lain jagalah kata-kata kita. 

Orang Melayu ada mengatakan perpatah ini

" Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa"

Pembuka bicara




Blog ini diwujudkan semasa Edd berada di Malaysia. Ianya akan melibatkan pendapat Edd tentang keadaan yang ada disekeliling Edd. Khasnya apa yang berlaku setiap hari didalam kehidupan Edd di Malaysia.

Edd telah pulang ke Malaysia sejak 06.09.2013. Tarikh yang penuh bermakna kerana pada tarikh itu 9 tahun yang lepas Edd juga bertolak keluar dari Malaysia iaitu pada 06.09.2005. Adakah ianya satu kebetulan?

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...