Monday, September 29, 2014

PD dan Melaka....


PD dan Melaka tapi bukan Johor...

Sejak dari hari Jumaat sehingga ke hari selasa depan Edd berada di luar Putrajaya... 

Berkursus dan bertugas ... selepas semua program Re-org telah selesai... 

Hari Jumaat hingga hari Ahad, Edd berpeluang untuk pergi berkursus di PD - Kursus Motivasi Emosi ...

Hari Ahad hingga hari Selasa, Edd berada di Melaka untuk Hrmis dan LO KSU... ok tak kerja nie...

Edd akan balik BP pada hari Sabtu depan ...



Friday, September 26, 2014

Kursus di PD pulak



Berkursuslah pulak ...

Hari nie Edd berada di PD untuk berkursus berkaitan dengan motivasi - EMOSI hehehe 

Pergi naik bas ... dalam bas terus tidur, tapi ramai yang tanya macam mana Edd boleh dapat pergi kursus ini... yelah sebab pada masa yang sama ada dua lagi kursus yang lebih baik iaitu kursus berkaitan dengan aset

Thursday, September 25, 2014

Faktor Umur




Faktor umur ke?

Entahlah mungkin ada betulnya apa yang dikatakan oleh N dan W tu kot... kerana faktor umur menyebabkan Edd begini... 

Kini masa telah mencemburi Edd
Tiba masanya nak pergi ke JPA 
Doakan agar semua berjalan lancar
Semoga kita dapat apa yang kita pinta


Wednesday, September 24, 2014

Terasa lapar la pulak...



Terasa lapar la pulak ...

Entahlah, sejak kebelakangan nie fikiran tak berapa menentu... hari nie dah masuk hari ketiga berada di pejabat ... insyallah kalau tiada halangan esok petang kami akan pergi ke JPA untuk menyampaikan kertas kerja kepada TKPPA...

Buat masa nie Edd masih menunggu team untuk sampai dan memulakan projek kami yang tinggal di penghujungnya... selepas ini kami akan berpecah. Insyallah, boss akan pergi keluar, next boss akan pergi ke department lain, Edd mungkin akan disini lagi dan rakan yang dikenali sebagai TKSU 4 akan pergi ke tempat sejuk tapi best...

Sekarang nie, Edd teramat ingin makan Puding Karemal... 

Bismillah ...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Hari nie baru lah habis meeting dengan orang atasan... mak ooiii banyaknya benda nak kena focus lagi... dan sekarang nie tengah lagi berbincang di dalam bilik mesyuarat TKP yang makin lagi peninglah kepala hehehehe

Baiklah ramai orang bertanyakan berkaitan dengan ada apa dengan bismillah yang Edd letak gambar di atas tu...

Di sini Edd nak masukkan entry berkaitan dengan perkataan bismillah yang Edd jumpa didalam internet terkini dan sensasi...

Tuesday, September 23, 2014

Setia menunggu


Ku setia menunggu mu disini...
 
Ketika ini Edd berada di pejabat menunggu team CPO dan HRMIS untuk datang ke pejabat ini seperti yang telah dijanjikan...
 
Tak dapat nak cakap siapa yang akan datang dulu atau akan datang... tapi sebaiknya biarlah Edd menunggu dengan sabar sambil mendengar lagu yang dinanyikan oleh itune ini hehehehe
 
Hari nie rasa macam nak menjerit je ... kerana merindui seseorang... walaupun berada di level yang sama dari setiap segi tapi yang paling menyebabkan Edd rindu adalah kerana tak dapat bersua muka dengan dirinya...
 

Monday, September 22, 2014

3 Hari Lagi ...




Tinggal tiga (3) hari lagi...

Alhamdulilah, tinggal tiga hari lagi nak membebaskan diri dari kerja yang telah tertangguh sejak lama dahulu...

Fasa I telah siap dan kini pada 25 hari bulan ini, Fasa II akan siap diperbentangkan... mudah-mudahan dengan berkat kerja yang tak pernah habis ini, dapatlah dipermudahkan perjalanan sehingga 25 September nanti...

Friday, September 19, 2014

Jumaat yang indah


Jumaat yang terindah...
Bukan mudah nak cakap benda nie... tapi itulah kenyataan... Hari nie Edd balik lambat ke rumah...

Sedih juga tapi memikirkan perkara yang nak kena habiskan maka Edd kenalah buat yang terbaik...

Thursday, September 18, 2014

Kuning ke Hijauan




Kuning ke Hijauan ...

Kulihat kau disana
Dikelilingi oleh ratusan manusia
Kau tersenyum gembira
Aku terdiam terluka...

Hati ini meronta-ronta
Ingin menegurmu sambil berkata
Aku merindui mu wahai sang bunga
Pandanglah aku walaupun seketika... 
 

Wednesday, September 17, 2014

16 Sept 2014


Di Hari Malaysia ...

Ramai orang mempertikaikan berkaitan dengan hari Malaysia dan hari Merdeka. Ada yang mengatakan bahawa hari Malaysia adalah hari Kemerdekaan Malaysia...

Tapi bagi Edd 16 September setiap tahun akan disambut dengan makna yang lain dari yang lain...

Tuesday, September 16, 2014

Makan Bersama




Makan seperti dulu...

Seperti yang Edd ceritakan dalam entry yang sebelum ini, pada hari jumaat yang lepas Edd telah pergi ke majlis meraikan Dato' Anne yang akan berlepas menjadi Duta Besar tak lama lagi...

Majlis diadakan dirumah Puan Ruziah (pegawai JPA) yang terletak di Taman Teknologi Kajang, lebih kurang 1/2 jam dari Putrajaya...

Kebetulan Edd dan Dato' Anne masih di pejabat ketika itu, maka kami pergi bersama didalam kereta Edd... nasib baik Encik Hasdi ada GPS so agak senang lah kita orang sampai.

Friday, September 12, 2014

Sendiri


Ada ke dengar lagu nie ...

Sendiri meminta dicantum padanya
Tak gelisah lara...

Itu jelah yang dapat Edd ceritakan pada hari ini... Tapi yang paling gembira sekali adalah bila berada di kawasan apartment kerana berjumpa balik dengan seseorang...

Tapi memang nampak dia tak gembira jumpa Edd kot... tak pelah, kegembiraan yang terserlah apabila Cik Cherra kata muka Edd berseri-seri ... napa ye...

Thursday, September 11, 2014

Sejuknya bilik nie


Ya Allah... sejuknya bilik nie...

Rasanya sejuk bilik nie mungkin lebih sejuk lagi masa Edd berada di tempat lama Edd... Dah pakai baju banyak lapis tapi masih sejuk... nak tahu bilik mana? Well, kat mana lagi kalau tak kat bilik Mesyuarat ICT....

Kalau ada yang belum pernah duduk dibilik ais batu, bolehlah direcommendkan masuk ke bilik ini memandangkan bilik ini sememangnya amat sejuk sekali...

Ha nak dengar cerita / gossip menarik tak ?

Wednesday, September 10, 2014

Bermalam di WP


Mata mengantuk...

Nak dijadikan cerita pada hari nie, Edd sekarang nie masih di tempat kerja. Jam baru masuk pukul 9.36 semasa entry ini ditulis...

Pada Edd, ini perkara biasa dan Edd rasa mungkin ini masa sesuai Edd tak duduk dirumah. Kalau duduk pasti tak tidur kerana peristiwa dua hari lepas masih di dalam ingatan...

Jadi masa terluang nie Edd mengambil masa untuk menulis sedikit pada hari ini didalam blog ini.... chewah...

Tak sedap rasa

 
Tak sedap rasa ...
 
Semalam Edd tak tidur lena. Malah dalam jam 9.30 malam Edd boleh keluar untuk beli Domino, satu perkara yang sememangnya amat jarang dilakukan...
 
Hati nie sememangnya tak senang sejak kebelakangan nie...
 
Isu berkaitan dengan perkara di rumah, di pejabat dan juga personal matter. Tapi seperti biasa akan teruskan hidup.
 
Hari nie ada bengkel sepanjang hari so mungkin akan dapat meng"clear"kan kepala yang sedang serabut buat masa nie. 
 

Tuesday, September 9, 2014

Mimpi ku semalam



Ya Allah ... apakah maksudnya...

Sememangnya mimpi itu adalah mainan tidur... tetapi bagi diri ini lain pula ceritanya...

Nak kata semua mimpi Edd menjadi kenyataan adalah tidak benar, kekadang tu terjadi sebaliknya... tetapi kebanyakkan mimpi yang Edd ingat dengan terang dan nyata selalunya menjadi kenyataan...

Monday, September 8, 2014

Kenangan 6 September 2014




Kenangan tu ...

Kenapa 6 September selalu diingati? 

Banyak yang nak diceritakan berkaitan dengan tarikh ini... tapi yang terbaru adalah terjadi pada hari Sabtu yang lepas...

Buat sekian tahunnya, pada tahun ini Edd tak menyambut atau mengucapkan kata-kata berkaitan dengan tarikh ini. Sedih bukan kepalang...

Tuesday, September 2, 2014

Tidak Adil?

Ini tidak adil...
 
Lawak sungguh lawak... kini kalau terkena pada batang hidung sendiri barulah nak cakap ini tidak adil... 
 
Edd akui bahawa orang joho nie kekadang je nampak macam tak ambik kisah tapi bila berkata-kata ada sebabnya...
 
Ini yang nak disampaikan oleh TMJ kepada mereka di luar sana... bukan untuk membuka pekung didada tetapi untuk  menilai sesuatu yang pasti satu hari semua pasukan akan menerimanya...
 
Jom kita saksikan apakah kata mereka pada esok hari... 

Edd 2016

Edd 2016

Search This Blog

Edd 2015

Edd 2015
Powered by Blogger.

Edd 2014

Edd 2014

Kata Hati

Kata Hati

Yang di hati ...

..: KZA 0281 :..

Assalamulaikum wrt wbt... 1. Entahlah tak tau apa nak diceritakan pada entery kali ini... 2. Hari ni dah masuk Ramdahan ke 9 yang m...